Kedua-dua anak kembarnya yang baru berusia empat tahun berlari ke dapur …
“Ummi masak apa ?”ujar Fitri dan Adha serentak.
“Ummi masak Nasi Kerabu…”balas Shafiah.
Shafiah adalah ibu tunggal dan membesarkan kedua-dua anak tanpa suami
tersayang.Suaminya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika Shafiah mengandungkan
anak kembar.
Mengikut wasiat suaminya ,Amirul Fitri dan AmirulAdha adalah nama yang mahu diberikan
kepada anak-anak.Shafiah hanya tahu nama yangdiinginkan suaminya apabila membaca diari arwah
suaminya.
“Sue…..mengapa tak nak kahwin?dah empat tahun Affan meninggal ..”Tanya ibunya Hajjah Aisyah
pada satu petang.
“Entahlah mak….Sue masih tidakdapat melupakan abang…”jawab Shafiah yang membahasakan diri
Sue kerana dia adalah anak bongsu.Itulah nama panggilannya sejak kecil.
“Sue..yang pergi biarlah pergi….kita bina hidup baru bersama suami baru” balas ibunya. Shafiah
tidak menjawab,matanya berkaca…
“Sue….boleh tak kita jadi suami dunia dan akhirat?”Affan bertanya pada satu malam.
“Abang…itulah doa Sue setiap hari….Sue mahu kita bahagia dunia dan akhirat..”balas Shafiah.
“Tapi….jika abang meninggaldahulu,kemudian Sue kahwin lain…adakah kita akan bertemu di
akhirat?”Tanya suaminya.
Shafiah masih teringat ayat-ayat tersebut dan sentiasa terngiang-ngiang di telinganya.Amat
sukar untuk membuat keputusan.Usia yang masih muda,masih bergetah kata orang.Shafiah juga
memikirkan kedua-dua anak tiada kasih sayang seorang ayah…
Jika berkahwin lagi,sekurang-kurangnya anak-anak mendapat kasih sayang seorangayah walaupun
bergelar ayah tiri…
Bergelar seorang usahawan dan sentiasa ke sana sini amat memenatkan.Mujurlah ibunya
tinggal bersama dan menguruskan Fitri dan Adha dengan baik.Hanya hujung minggu dapat memasak,
membawa kedua-dua anakberjalan-jalan.
Setiap bulan Shafiah akan membawa Fitri dan Adha menziarai pusara ayahanda
mereka.Kedua-dua anak sering bertanya persoalan sejak kecil “Mengapa ayah duduk dalam ni?”
,Shafiah hanya mengalirkan air mata dan tidak mampu menjawabnya…
“Nama apa?”ujar seorang doktor ketika membuat pemeriksaan di wad Hospital Besar Melaka.
“Shafiah…..”jawabnya lemah.
Shafiah dimasukkan ke hospital akibat stress melampau,tidak menjaga pemakanan dan kurang
tidur.Beratbadannya hanya 38 kg berbanding 50 kg sebelumnya. Tiga bulan Shafiah terlantar di
hospital dan masa dihabiskan dengan membaca dan berbual dengan juru rawat.
Shafiah mengalami tekanan perasaan yang amat beratakibat dikecewakan tunangnya.Ketika
kadperkahwinan sudah diedarkan,tunangnya mengambil keputusan memutuskanpertunangan dan
berkahwin dengan orang lain setelah ditangkap khalwat di sebuah hotel.Keputusan drastik tersebut
telahmenyebabkan Shafiah mengalami tekananperasaan,berasa malu dan amat sakit hati.
“Doktor…….”Shafiah menyapa ketika menunggu giliran mengambil paspot.
“Ha…….kita pernah bertemu ke?”jawabAffan.
“Ya….doktor yang merawat dan memeriksa saya ketika di Hospital Besar Melaka”.balas Shafiah.
“Ooo….maafkan saya..ramai sangat pesakit di hospital..saya pun tak ingat…”balas Affan.
Setelah selesai urusan di pejabat Imigresen,Shafiah dan Affan menjamu selera di restoran
berhampiran.
“Doktor anak berapa?” Shafiah memulakan bicara. “Hah?isteri pun belum ada,bagaimana boleh ada
anak?anak tekak adala…”balas Affan selamba.
“Maaf..saya ingatkan doktor dah berkahwin…”kata Aisyah. Perbualan ringkas tersebut adalah sejarah
awal hubungan Shafiah dan Affan.
Shafiah yang masih kecewa dan sedih kerana perkahwinannya batal akibat perbuatan
tunangnya masih belum dapat menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya.Setelah keluar
hospital,Shafiah banyak melancong dalam dan luar negara menenangkan fikiran.
Shafiah menganggap Affan sebagai seorang teman dan seorang yang banyak berjasa dalam
hidupnya.Ketika Shafiah enggan makan ubat ketika dihospital,Affan memujuk “Saya bagi kamu dua
pilihan,makan ubat atau saya tukardengan taik kucing….”.Jururawat yang berada di sisi Shafiah
tersenyum mengejek.Shafiah yang amat malu dengan pujukan doktor tersebut terus menelan ubat.
“Doktor…..boleh…?”ujar Shafiah di Tasik Titiwangsa.
“Boleh tak jangan panggil saya doktor…panggilAffan je…”pinta Affan.
“ok..ok….Affan…I nak tanya u sikitboleh tak?”tanya Shafiah.
“erm….apa ?”balas Affan “Why u still not married?”Shafiah menduga.
“Long story………….i want to forget the past……”jawab Affan ringkas.
Shafiah pun menceritakan segalanya.Kisah manis bersama tunang tersayang dan
bagaimana dia boleh masuk ke hospital.Affan mendengar dengan penuh minat.Tiba-tiba mata Affan
berkaca.
“Why u are crying?”Tanya Shafiah kehairanan. “Sebenarnya……sebenarnya…..”Affan
menghentikan bicara,lantas masuk ke dalam kereta dan meninggalkan Shafiah termangu-mangu
kehairanan.
Selepas pertemuan di TasikTitiwangsa ,Affan tidak menjawab panggilan dan sms dari
Shafiah.Setahun berlalu dan Shafiah mencari Affan di tempat kerjanya,namun pihak Hospital
memberitahu Affan sudah berhenti dan telah membuka klinik sendiri di Kuala Lumpur.
Pada satu malam di tengah malam ,Shafiah mendapat sms berbunyi “ Sue…adakah Sue percaya
dengan jodoh?”.Shafiah agak terperanjat kerana ia sms dari Affan.
Shafiah membalas “Ya..kerana jodoh ituketentuan Allah…”balas Shafiah.Telefon tidak berbunyi lagi
dengan sms…..Shafiah menutup telefon bimbit dan tidur.
“Assalamualaikum…………Assalamualaikum……….”terdengar ucapan salam dari luar rumah.
Hajjah Aisyah ibu Shafiah menjawab salam dan membuka pintu.
Affan bersama adikberadik,ibu bapa masuk ke rumah dan memberitahuhajat mereka datang merisik
Shafiah.
“Sekejap…..anak bongsu saya masih dikatilnya..maklumlah hari minggu…”jawab Hajjah Aisyah.
Setelah mandi dan bersiap,Shafiah agak terperanjat dengan kehadiran Affan dan keluarga untuk
merisik.
“La….mengapa Sue tak beritahu Mama yangSue dah lama kenal Affan…”kata ibunya. “Sue …
Sue……….”Shafiah menjawab dan menarik nafas panjang.
Hari bahagia muncul.Shafiah dan Affan disatukan danberbulan madu di Singapura.
“Sue…Sue tahu tak mengapa Affan menangis ketika pertemuan terakhir kita di Tasik
Titiwangsa?”ujar Affan pembuka malam pertama dihotel Raffles.
Sue hanya tersenyum sambil menjeling manja. “Sebenarnya Abang tidak sangka,yang kita
berada dalam titian yang sama..”Affan memulakan kisah.
“Apa?Sue tak faham…..”balasShafiah. “Jika Sue dikecewakan kerana tunang tersayang ,begitu juga
Abang…dan gadis yang merampas tunang Sue adalah bekas tunangAbang…”Affan menjelaskan
diiringi airmata….
Affan dan Shafiah saling berpelukan dan menangis.Itulah ketentuan Allah…
Malam pertama disulami air mata,namun ia bukan penghalang suami isteri berasmara dana sebagai
pengantin baru…
“Amirul Fitri..Amirul Adha..ummipergi jauh tau..jangan nakal-nakal ..tolong nenek kat rumah” Ujar
Shafiah di KLIA ketika mahu bertolak untuk mengerjakan ibadat haji.
Walaupun masih muda,Shafiah mahu menunaikan ibadat tersebut kerana sudah layak dan
mampu.Fitri dan Adha yang baru empat tahun hanya mengangguk-angguk apabila ibu mereka
meninggalkan pesanan.
“Sue…kau ni muda lagi dah nakpergi haji?”ujar teman baiknya Rosnah. “Ros….kita tidak
tahu umur kita..bila dah wajib,tunaikan…sekarang i umur 32 tahun,masih muda dan kuat..kalau umur
80 tahun baru nak pergi..nak jalan pun dah tak larat..”panjang lebar Shafiah menjelaskan..
Rosnah hanya tersenyum…
Shafiah mengalirkan air mata ketika menjejakkan kaki kali pertama di bumi
Mekah.Doa dipanjatkan “YaAllah..jadikanku dan Affan suami isteri dunia dan akhirat..aku amat
mencintainya..” Itulah
doa yang sentiasa dipanjatkan kepada Rabb…
“Berita terkini……10 jemaah haji dari Malaysia maut apabila berlaku rempuhan
besar ketika umat Islam menunaikan tawaf di Mekah.Menurut Ketua Jemaah Tabung Haji,senarai dan
gambar mereka yang terkorban adalah…”Berita Terkini TV3 sedang bersiaran.
“Nek…nek……..gambar ummi dalam tv ”Adha dan Fitri memanggil neneknya di dapur.
“Ya Allah!Ya Allah! Innalillahwainna rajiun……………………ummi dah tiada lagi….anakku
Shafiah....Ya Allah..Ya Allah.....”Hajjah Aisyah memeluk kedua-dua cucunya ilimpahi air mata
kesedihan….
Setelah Shafiah dikebumikan di Mekah selama 6 bulan,mayatnya dipindahkan sebelah
suaminya...ini adalah mengikut wasiatnya mahu kuburnya di sebelah arwah suami agar memudahkan
anak-anak menziarahi kubur ibu bapa ...
“Nek..mengapa ummi tidur sebelah rumah ayah?”Tanya Fitri dan Adha serentak di tanah perkuburan
Islam Masjid Tanah Melaka. “Ummi sayangkan Ayah…”balas Hajjah Aisyah sambil merembes…
~~ TAMAT ~~
Cerpen ini tiada kaitan yang hidup atau telah mati…..
HAKCIPTA TERPELIHARA @2014-2099 SS DOT COM