Thursday, September 26, 2013

CERPEN : SEHIDUP SEMATI

CERPEN : Maafkan aku……




Pada satu petang……………

“Irfan…..kau nak ke tak nak?”tanya Hajjah Khadijah pada satu petang…

“Nanti la mak….Fan fikir dulu..”jawab Irfan acuh tidak acuh..

Irfan merenung langit petang…..Matanya bergenang….


Tingkatan 1 Perdagangan 1

Sekolah Menengah Rendah Masjid Tanah

Jun 1987


           “Aku dengar kau nak pindah sekolah?”tanya  Rosnah,rakan sekelas.

“Entah lah..aku belum buat keputusan..”jawab Irfan .

Irfan benar-benar tidak bersemangat  ..fikirannya menerawang ketika guru Sejarah Cikgu Mat  Jani

mengajar….Sukar baginya untuk buat keputusan..

“Irfan..mengapa Melaka kalah dengan Portugis?”

“hah?”jawab Irfan.

“Kamu ni berkhayal ke Irfan??”marah Cikgu Mat Jani

“Maaf cikgu……Melaka kalah kerana askar Melaka xda nuklear!”jawab Irfan sambil menggaru

kepalanya…


Semua pelajar dalam kelas terbahak-bahak ketawa…


……………………………………………………….

     Irfan tidak tahu bagaimana mahu menjawab pertanyaan ibundanya.Irfan sudah serasi dengan

sekolah  yang baru enam bulan dimasukinya.Namun ibunya mahu Irfan pindah ke sekolah arab…


“Ros…..”sapa Irfan

“apa?”balas Rosnah,teman baik Irfan di sekolah

“Kalau aku pindah,aku sedih tak?”tanya Irfan

“Erm……………..”dengus Rosnah.

       Rosnah tidak tahu apa yang mahu dijawabnya…

“Fan….kita ni baru kenal 6 bulan…kau banyak tolong aku ,ajar aku..sudah tentu terasa jika kau pindah”balas Rosnah,matanya berkaca..


    Irfan seakan tidak mendengar dan menguyah ayam goreng dengan lahapnya…



Julai 1987


“Fan..dah sebulan ni mak tanya..kau nak pindah tak?”tanya ibunya .


“Baiklah..saya setuju pindah ….”balas Irfan dengan menarik nafas panjang.


Esoknya Irfan ke sekolah dan bertemu guru besar untuk urusan perpindahan sekolah.Irfan bersalaman dengan semua kawan-kawan.


“Ros….kita kawan selamanya…”kata Irfan.


“Ok…take care..”balas Rosnah lembut.


Irfan keluar sekolah dengan linangan air mata….


Ogos 1987


“Feel  amar adalah kata kerja yang menunjukkan suruhan,contohnya Izhab ,maksudnya pergilah!”Ustaz

 Adam memulakan pengajaran bahasa arab.Irfan hanya mendongak  mendegar celoteh Ustaz Adam.


Irfan  berasa amat bosan dengan sekolah baru…suasana baru.Tiada lagi kelibat  Rosnah,Ah Chong

,Ibrahim,Salim dan lain-lain dalam kelas.


“Pening betul sekolah arab nie…”keluh Irfan dalam hatinya.



“sekolah ok tak?”tanya Hjh Khadijah  dalam telefon.


“Ok mak…cuma susah sikit sekolah arab ni…”balas Irfan.


“lama-lama ok la…..”balas ibunya.

“belajar rajin-rajin……”sambungnya ibunya.



     Setelah  4 tahun berada di Maahad Annur,Kota Bharu ,Irfan akan menghadapi peperiksaan penting iaitu SMU.Siang malam membaca dan menelaah…


“Mak…doakan Irfan..kirim salam kat ayah..”kata Irfan melalui telefon yang setia menelan duit syiling…


Peperiksaan pun tiba………



…………………………………………………………



1992 Tingkatan Lima


Irfan kini berada di SMU Arrahmah   dalam jurusan sastera.Itulah bidang yang diminatinya setelah tidak mampu untuk berdepan dengan Matematik dan Sains…


Keputusan SMU pun keluar…

hah?


Pangkat Satu Mumtaz agregat 11???


Irfan seakan tidak percaya melihat keputusan….


“Mak…..Ayah..Irfan dapat cemerlang!”jerit Irfan memgang kertas keputusan.


Kini Irfan perlu tekun untuk menghadapi SPM pula tahun ini….keputusan SMU memberi semangat kepada Irfan.

Bulan berganti bulan….


“Fan…..kamu dapat tawaran belajar luar negara..”kata ibunya,Hjh Khadijah.


“Hah?tapi Fan nak ambil SPM dulu….”balas Irfan.


“Rugi kalau tolak….Universiti ni beri biasiswa….”balas ibunya.



     Irfan termanggu-mangu .Apa keputusan perlu dibuat?


Irfan menemui guru besar sekolah dan berbincang mendapatkan nasihat …


“Fan..terima lah tawaran tu…bukan senang nak dapat” kata Ustaz Salleh Pengetua sekolah.


……………………………………………………………….



“Ros…aku dapat belajar over-sea..”kata Irfan.

“Tahniah……..”balas Rosnah.


“Habis SPM tak sempat ambil?”tanya Rosnah


“Tak apa la….nanti boleh ambil kemudian…”balas Irfan.


        Irfan menyandar  sambil melihat kicauan burung di sawah….




……………………………………………………………………….

1  November 1992

“Buat temanku Ros……

aku sekarang di Universiti….”

  Irfan menggaru kepalanya

“Apa lagi aku nak tulis ni???”keluhnya.


Irfan pun menyambung tulisannya…


“Ros………………….

kita dah lama kenal,namun kita tidak pernah merasakan…..

Namun aku semakin merasakan bila kejauhan darimu…

Aku sebenarnya amat merinduimu…

Hanya potretmu menjadi penawar…

Tahukah kamu Ros?

sebelum ke kuliah aku pandnag potretmu…

Malah sampai dalam jamban pun aku bawa gambar kau…

Ros….

doakan aku berjaya

aku sentiasa mendoakan kau…

ok la Ros

nanti lain kali aku tulis lagi…

Salam Sayang…

IRFAN


Kingdom Of Saudi Arabia



   Irfan memasukkan warkah ke dalam sampul surat.Esok akan dipos.



…………………………………………………………………………………….




Cuti semester selama dua bulan dirasakan amat pendek.Tidak puas rasanya dapat bertemu Rosnah .
Melihat susuk tubuh Rosnah yang semakin gebu membuatkan Irfan menjeling manja..Rambutnya mengurai  panjang melepasi bahu.


“Hei..tengok apa tu?”jerkah Rosnah


“Tak lah!tengok mata  je..”balas Irfan sambil menundukkan pandangan.


        Rosnah kini  belajar di Uitm dalam bidang kewartawanan.Itulah bidang yang diminatinya sejak sekolah menengah.


………………………………………..


“Apa?Fan tak setuju….”bentak Irfan


“Fan..ini pilihan terbaik.Dia lulusan Universiti al-Azhar….”jawab ayahnya Haji  Ali.


Suasana tegang dan berlaku perbalahan antara Irfan dengan ayahnya.


Irfan  bangun dan terus keluar rumah.Itulah kali terakhir Irfan melihat ayahnya…



…………………………………………



“Ros…aku amat mencintaimu…”


“aku pun sama….tapi…….”balas Rosnah


“Tak ada tapi tapi….Ros adalah pilihan terbaik …..”balas Irfan.


  Irfan menamatkan perbualan dan meletakkan gagang telefon.Kini Irfan bekerja di  Tampines Singapura .Sejak bekerja di Singapura,Irfan tidak pernah pulang ke rumah.Hanya talian telefon penghubung kekasih hatinya Rosnah.



          Sejak pertengkaran dengan ayahnya tempohari,Irfan tidak pernah pulang ke kampung.Aidilfitri pun bersama teman-teman sekerja di Kota Singa.Sudah lima tahun Irfan di SIngapura.Affan hanya pulang ke Kuala Lumpur  bertemu Rosnah dan pulang semula ke Singapura.



“Fan..baliklah….Ayah selalu sakit…”pinta ibunya dalam corong telefon.


“Fan takkan balik jika mak ayah tidak pinang Rosnah…”balas Irfan.


tutttttttttt………………….




            Rosnah sedang bersiap  untuk ke  tempat kerjanya ,Astro .Rosnah melihat jarum jam yang seakan laju …

“Adus..dah lambat nie…”keluhnya sambil membetulkan tudung.Sejak  Irfan  menhadiahkan tudung pada hari ulang tahun ke 22 tempohari,Rosnah bertudung.


     Rosnah memecut keretanya  di celah celah kota raya yang sibuk .

Tiba-tiba…



“Ya Allah!”jerit Rosnah.



…………………………………………………………………………………………………………


“Walaupun Rosnah koma..Fan tetap akan menikahinya!”


itulah penjelasan Irfan kepada ibu bapanya.


Setelah berbincang dengan keluarga Rosnah  ,majlis akad nikah dilakukan di hospital iaitu di bilik

ICU Hospital Kuala Lumpur.



“aku terima nikahnya Rosnah Bte Abdul Latif dengan mas kahwin RM40 tunai …”


Setelah  Irfan mengucapkan lafaz akad nikah disaksikan Imam dan saksi di Hospital Besar Kuala Lumpur ,mesin denyutan jantung  bergerak semakin pantas dan tiba-tiba semakin perlahan dan perlahan..terdengar jelas nafas Rosnah semakin kencang….



“Innalillah………………”kata doktor  setelah memeriksa denyutan nadi Rosnah.


Rosnah pergi selamanya………………………..



      “Ros….kenapa Ros sukakan Fan?”tanya Irfan pada satu petang setelah melihat Rosnah semakin ayu memakai tudung.


“Erm…..Fan  adalah nyawa Ros…”balas Rosnah.


Irfan mengalirkan air mata…………………………..




                      Tanah Perkuburan Air Limau  Masjid Tanah Melaka


       Irfan menyiram air mawar dan matanya bergenang.Irfan bangkit dan mengucapkan tahziah kepada

 ibu bapa Rosnah.


                        Irfan pun keluar dari perkuburan dan  menghidupkan enjin keretanya.


“Bang!”


   Kereta Irfan dilanggar oleh sebuah lori  ketika cuba membuat pusingan U .


“Maafkan aku mak..ayah….………………………………………..”suara Irfan tersekat-sekat.


“Mengucap…..Mengucap…” pinta  orang ramai mengerumuni  Irfan yang semakin nazak..


“asyahdu ……………………………”



                                 Bersemadilah dua insan buat selamanya………….


Cerpen ini tiada kaitan yang hidup atau telah mati…..



                                                                 ~~ TAMAT  ~~


GLOSARI :



Cerpen ini tiada kaitan yang hidup atau telah mati…..


COPYRIGHT @SS DOT COM 2016-2099






Monday, June 10, 2013

SELAMAT TINGGAL DUNIA………….

SELAMAT TINGGAL DUNIA………….




        “Haji………….abang nak tanya pasal haji….kalau kita banyak hutang,camna kita nak pi haji?”
Sapa Norizan pada satu petang….Ustaz Kamus yang biasa dipanggil Haji  menjawab “Kita ni berniaga bang…sampai mati pun tak habis hutang….Jika ada rezeki,pergilah bang…Hutang kita boleh dibayar….Sekarang mana ada orang tak  berhutang?semua berhutang..makan gaji pun berhutang….”


          Norizan termanggu-manggu dengan jawapan Ustaz Kamus…setelah diberikan buku Usahawan Kaya Wang Kaya Iman oleh Ustaz Kamus,Norizan  semakin memahami ilmu agama…sebagai bekas askar yang  tidak mempunyai pendidikan agama tinggi,Norizan hanya menambahkan ilmu melalui buku-buku agama selain hadir kuliah di masjid dan surau ..


          Sejak jam 8 pagi Norizan membuka premis perniagaan…dibantu  oleh dua pekerja yang komited.Itulah rutin Norizan sejak  pencen askar…Pelbagai jenis peralatan  dan mesin dibaiki.Semakin lama semakin bertambah banyak…Kerja yang cepat dan pantas menjadikan bisnes Norizan semakin maju.


      “Yang..kita dah ada dua rumah…..lepas ni nak beli rumah ketiga…..abang serba salah yang….haji belum pergi lagi…”ujar Norizan satu malam.

“Ala………….abang ni muda lagi……………..baru 52 tahun…”balas isterinya Milah.


               Norizan membelek-belek  buku Tabung Haji.Ada lima ribu ringggit.Jika ditambah lima ribu lagi,sudah cukup untuk pergi haji…


        Sejak tahun lepas Norizan asyik terfikirkan mengenai ibadat haji…Ramai kawan-kawan geng askar dulu dah meninggal dunia…Ramai yang kaya raya namun meninggal dunia  dan belum sempat menunaikan haji.



               “Encik..jika duit  akaun  saya dah genap 10 ribu,bila saya dapat pergi haji?” Norizan bertanya pegawai Tabung Haji  .

“Jika ikut usia Encik,lagi  15   tahun …”jawab pegawai tersebut…

terperanjat Norizan……

“Mengapa lama sangat?”balas Norizan.

“Jumlah yang mendaftar pergi haji usia 70 dan 80 tahun ramai Encik..kita dahulukan mereka yang tua 

dahulu..”balas pegawai tersebut.

       Norizan mencongak-congak..Usianya sekarang sudah 52 tahun…selepas 15 tahun,sudah 67 tahun…

Norizan tanpa berfikir panjang,terus memasukkan 5 ribu lagi dalam akaun Tabung Haji dan genaplah 10 

ribu…


“Terima kasih………….”sapa pegawai sambil tersenyum.Norizan keluar dari pejabat Tabung Haji dan berdoa “Ya Allah…sampaikan niatku untuk menunaikan fardhu haji…”

Air matanya bergenang ketika memandu pulang……………

            “Abang pergi mana tadi?”tanya Milah sambil menuang air kopi kegemaran suaminya.

“Abang pergi Tabung Haji..masukkan duit..dah cukup untuk pergi haji…”balas Norizan.

“Kan hari  tu abang cakap nak beli rumah satu lagi  di Nilai?”balas isterinya

“Tak jadi la…..abang ingat nak pergi haji…duit dah penuh pun kena tunggu 15 tahun…”Jawab Norizan sambil memasukkan cekodok  yang digoreng isterinya..

“Hah?15 tahun…..?kenapa lambat sangat?”tanya isterinya kehairanan.

“Kita ni muda..Tabung Haji dahulukan yang lebih tua……..”jawab Norizan.

“hehe..muda bang….abang tu dah 52 tahun………..”balas Milah sambil tersengih…



                        “Ustaz……..”sapa Norizan.

“Tak payahlah panggil ustaz..panggil haji je…”balas Haji Kamus.

“kenapa nama ustaz Kamus?”

“haha…..nama saya Kamus?kamus tu gelaran je bang..masa saya kat Universiti,saya suka hafal kamus arab…”

“oooooo…………………………”balas Norizan.

“Nama saya Saat bin Minit..hehe……”jawab Ustaz Kamus.

Norizan terbahak-bahak ketawa…

            Norizan dan Ustaz Kamus amat rapat.Mereka suka berjenaka dan berbual-bual.Norizan suka 

bercerita mengenai pengalamannya di  negara Afrika ketika menjadi askar,Ustaz Kamus pula bercerita 

kenangan semasa belajar di Universiti islam Madinah …

              Norizan banyak belajar agama dari Ustaz Kamus.Nasihat-nasihat agama yang diberikan banyak mengubah  jiwa Norizan.

      “Ji..masa kau belajar Madinah panas tak?”tanya Noriozan.

“panas  bang……….”Ustaz kamus menjawab.

“Abang dulu pun kena kerja kat Somalia,Rwanda……panas terik betul………Malaysia juga best…”balas Norizan.


            Norizan membaiki  penghawa dingin sebuah kereta sambil mulutnya berceloteh….

“Bang..bang..telefon..”jerit  Aisyah ,isteri Ustaz  Kamus.

“Ishhh…aku baru nak berborak,ada pula orang telefon..”keluh Ustaz Kamus sambil mencebik ke arah isterinya.


         Ustaz Kamus  lulusan Madinah namun  tidak suka bekerja makan gaji..sejak 20 tahun lampau,beliau 

berniaga…Bila terluang ,Ustaz Kamus akan mengajar di surau  Raudah.Ustaz Kamus teringat sindiran 

Norizan.

                         Suatu petang Norizan menegur .

“Ji..kau ni ilmu banyak..pi la masjid,surau ..mengajar....jangan simpan ilmu dalam kepala..”

Ustaz  Kamus hanya  tersengih.

“Bukan tak nak bang..tapi tiada tauliah..”balas Ustaz Kamus.

“ Ala kau ni alasan je..pi la ambik..ustaz rock nie…”kata Norizan berjenaka…

“Tengoklah bang…kalau ada masa,saya pergilah ambil tauliah..”balas Ustaz Kamus acuh tak acuh.


                                                     Beberapa bulan kemudian..

“Wah..aku dengar kau dah mengajar surau..”sapa Norizan.
“ya bang…..baru dapat tauliah..”balas Ustaz Kamus.
“ha..macam tu la ustaz rock………..rock-rock juga!jangan lupa  sebarkan ilmu….”Norizan mencebik…
 Ustaz Kamus  hanya ketawa kecil…


                 Ustaz Kamus amat sibuk kebelakangan ini.Pelbagai jemputan dan projek bisnes dijalankan di Melaka,Kuala Lumpur,Kelantan,Johor dan sebagainya.Berbulan-bulan lamanya tidak menjengah temannya Norizan..

       Suatu hari Norizan  menyapa temannya Ustaz  Kamus.


    “Lama  tak nampak?”

“Sibuk bang..cari wang…..”balas Ustaz Kamus.

                 Norizan  menyusun pelbagai barang-barang elektrik seperti mesin basuh dan peti sejuk sambil dibantu dua pekerjanya.Ustaz Kamus mahu membantu tapi dilarang Norizan…

“Kau ni ji………………tak payah tolong aku…”kata Norizan.

“tolong menolong kan dapat pahala…”balas Ustaz Kamus.


                    Norizan menutup  premis jam 7 malam dan terus pulang ke rumah.Selepas mandi dan solat Maghrib,Norizan mengaji Quran .Selepas mengaji makan malam bersama keluarga.

“Banyak abang makan  malam ni..”sapa isterinya Milah.

“Sedap….ikan masak lemak ni memang umppphhh…………”balas Norizan  sambil menguyah .

           Selepas  makan malam,Norizan membantu isterinya membasuh pinggan mangkuk.Itulah rutinnya sejak berkahwin hinggalah mempunyai anak 5 orang.

“Beruntung Milah dapat suami macam abang..rajin tolong Milah..”kata isterinya.

“Siapa tak sayang bini ..”balas Norizan.

                       Selepas solat Subuh,Norizan keluar rumah menghantar anak bongsunya ke sekolah rendah.Selepas itu Norizan membaca akhbar dalam kereta…kemudian membuka premis.Pekerjanya belum lagi sampai.


“Panjang..kau tolong repair mesin basuh nie…tuan dia nak cepat.Abang nak pergi  Gemas..”ujar Norizan kepada pekerjanya yang digelar  Panjang kerana amat tinggi.

“Baik boss…”balas Panjang.

                    Norizan memandu  van diikuti seorang lagi pekerja  yang digelar Black.Sampai sahaja  rumah pelanggan,Norizan terus mengangkat peti sejuk yang rosak  ke atas van untuk dibawa ke kedainya.
“Maak ai..beratnya..”keluh Black.

“Memang la berat..ni peti sejuk 3 pintu…”balas Norizan.

Black mengerut dahi sebab terlampau  berat..

“Ini macam kalau hari-hari boleh patah pinggang boss…”Black mengeluh.

“hahaa….kau ni muda-muda dah sakit pinggang ke?Abang ni dah belas-belas tahun buat keje ni..”balas Norizan.

                       "Boss....tak boleh la boss...kipas dia tak boleh pusing.."ujar Panjang bila taukenya muncul di kedai.

“Kau pusing je la pakai tangan kau.."gurau Norizan...

Panjang tergelak-gelak ...

    Itulah Norizan..seorang majikan yang suka bergurau senda dengan pekerja-pekerjanya.Tidak pernah meninggi diri atau sombong.Pekerja dilayan seperti keluarga.


               Norizan membelek-belek buku Usahawan Kaya Wang Kaya Iman yang dihadiahkan Ustaz Kamus.

“Solat lima waktu dah buat..zakat dah bayar….tinggal haji je…Jika aku tunaikan fardhu  haji,dah cukup semua rukun Islam aku buat…”Norizan mengeluh dalam hati.

               Dibelek-belek  buku tersebut satu persatu….Semakin lama semakin  syok membaca buku.Fikirannat  terimbau kata-kata Ustaz Kamus.

“Bang……..gas aircond ,peti sejuk  ni bahaya..pakai la penutup muka..”kata  Ustaz Kamus.
“Ala…panaslah ji………………….”jawab Norizan.
“kalau nak mati,mati juga…”sambung Norizan.
Ustaz Kamus hanya diam….


Pada satu petang………………….

          “Apa la kau ni Ji…benda kecik pun nak besar-besarkan..”ujar Norizan.

“Benda kecik?saya kena tuduh tampar anak orang sampai naik Mahkamah..abang kata benda kecik?”Ustaz Kamus  meninggikan suara..

“Kalau abang kena tuduh ,bagaimana?”bentak lagi Ustaz Kamus.Norizan hanya berdiam diri melihat  temannya naik angin…

          Norizan tidak mahu memanjangkan perbualan dan terus melakukan kerja  rutinnya.

                       Selepas itu Ustaz  Kamus  menjauhkan diri dari Norizan.Dia amat kecewa…Berbulan-bulan lamanya  Ustaz  Kamus tidak menemui  Norizan…Kesibukan tugas di Melaka dan lain-lain tempat menyebabkan  mereka tidak bertemu…

        “Abang….napa tak bertegur sapa dengan Bang Norizan?”tanya isteri Ustaz  Kamus  satu petang.Ustaz  Kamus tidak menjawab..hanya matanya bergenang….

“Biarlah manusia nak cakap apa pun cakaplah..yang penting Allah sayang abang..”balas Ustaz Kamus sambil mematikan perbualan.

  
         “Datok..saya memang nak saman cikgu-cikgu hawau…saya sanggup  buang 30 ribu  bayar peguam pun tidak mengapa..”Ujar Ustaz  Kamus sambil membeliakkan biji mata…..

“Sabar  Haji …..Fauzi..kau tolong tengok-tengokkan  Haji Saat ni..”ujar Datok Ahmad Maslan di pejabatnya.Setiausaha Sulitnya  Fauzi ,hanya diam mendengar.

“Haji….kalau Haji saman sekolah,saman guru,saman Kementerian..ia akan menjadi  isu besar  dan mendapat publisiti meluas….sabar la Haji….Berdamailah…”pujuk Datok.

Ustaz Kamus  amat marah….

“Kamu pergilah jumpa Shamsuri..dia pegawai Menteri Pendidikan….”pujuk Datok Ahmad.

       Datok Ahmad pun menyuruh  pemandunya  menghantar Ustaz Kamus ke Kementerian Pendidikan.
“saya doakan semua selesai dengan baik………”sms dari Datok Ahmad ketika Ustaz Kamus  berada di pejabat Kementerian Pendidikan.

   “Saya akan tarik semua repot polis dan tidak akan saman..tapi saya tidak maafkan semua yang terlibat sampai  kiamat!Biar semua yang terlibat masuk Neraka Jahanam!!!”bentak  Ustaz Kamus.Pegawai Kementerian terkejut dengan bentakan Ustaz Kamus.

     Ustaz Kamus pulang ke rumah bersama isteri dan anak-anaknya…Air matanya merembes…Fikirannya menerawang …

“Terima kasih Tuan Haji…”ujar Cikgu  Rahmah

“Sama-sama….”balas Ustaz Kamus.

       Ustaz Kamus adalah dermawan.Dihadiahkan buku-buku kepada perpustakaan sekolah ,disumbangkan pakaian  kepada anak-anak yatim dan miskin .Namun…


“Celaka punya cikgu…rupa-rupanya dia master plan memalukan aku…..buat fitnah bukan-bukan..”jerit Ustaz  Kamus di depan rumahnya…

“Sabar bang….sabar..mereka yang jahat nanti pasti masuk Neraka..dunia kita kalah,akhirat kita menang!”pujuk isterinya..



                                                           Dua bulan kemudian..


“Bang…..tolong hantar saya ke Mahkamah..”sapa Ustaz Kamus.

“Boleh..jom..”balas Norizan.Norizan terus memecut kereta Perdana miliknya.

Ustaz Kamus menghulurkan RM20 kepada Norizan…

“Eh..banyak nie….”kata Norizan.

“Sedekah la bang…terima kasih bang…”balas Ustaz Kamus.Norizan memandu pulang ke premis.


               “Kamu dibebaskan tapi tidak dilepaskan..”ujar pegawai Mahkamah.


Ustaz Kamus pun menghubungi peguamnya ….

“Jika  Mahkamah tidak membatalkan kes,saya akan saman….u cari 10 orang peguam!berapa pun saya 

akan bayar!!”bentak Ustaz Kamus dalam telefon bimbit.

                  Ustaz Kamus melangkah keluar dari mahkamah dengan hati yang amat panas…

                 “Apa cerita Ji ..?”tanya Norizan

“belum selesai…………….!!”jawab Ustaz  Kamus.Norizan lihat mata temannya berkaca….

      Norizan terus membuat kerja-kerja membaiki peralatan elektrik  sambil dilihat  temannya Ustaz Kamus yang menyandar  di kerusi malas  sambil menarik nafas panjang…

            “Bang..boleh ajar saya tak baiki barang elektrik ?”tanya Ustaz Kamus.

“Apa la kau ni ji..kalau kau pun tahu repair ,aku nak cari makan apa?” balas Norizan sambil ketawa…

Mereka berdua ketawa…

                                                                     2 Jun 2013

“Bang..tolong cepat sikit baiki peti sejuk…hari-hari beli air kat kedai..sekarang panas..”ujar Ustaz Kamus .
“Ok la ji..nanti abang buat cepat…rosak sikit je ,bocor..”balas Norizan.

                 “Bang,nanti ada masa abang datang repair kipas kat rumah saya bang..”kata Ustaz Kamus.
“ok  la..nanti abang suruh budak pi tengokkan..”balas Norizan.


                                                                    3 Jun 2013

“Yang..ni resit-resit orang hutang kita….”ujar Norizan  kepada isterinya.

“Simpan baik-baik ..jangan hilangkan…”sambung Norizan.

Norizan tidur lena   di  sebelah  isteri kesayangan…..Norizan tidur dan tidak bangun-bangun.....

                                                                Keesokannya …

“Bang……bang..bangun bang!”isteri Ustaz Kamus mengejutkan suaminya.

“Ish..abang baru tidur lepas  Subuh tadi……”balas  Ustaz  Kamus.

“Bang Norizan meninggal malam tadi…….”kata isterinya.

“Hah?kau biar betul..Sabtu lepas abang jumpa dia sihat je…”jawab Ustaz Kamus sambil menggosok mata dan menguap…

              Ustaz  Kamus  terus bangkit dan mandi….apabila tiba di pintu perkuburan,badannya menggigil…

air matanya bergenang….dia tidak mampu masuk ke kawasan perkuburan…

   “Abang…..maafkan aku….aku tidak mampu  untuk melihat wajahmu buat kali terakhir…”Ustaz

Kamus menggosok matanya yang merah dan meninggalkan tanah perkuburan…          
 

                                                              ~~  TAMAT ~~






                                         al-Fatihah  buat Sarizan      
     
                            
                       CERPEN  INI   ADALAH  ADAPTASI  DARI  DIARI-DIARI SAAT   SULAIMAN

                                 

                 HAKCIPTA TERPELIHARA @2013-2099 SS DOT COM