Wednesday, January 4, 2017

How to make the title of the story

menulis cerpen bertolak dari peristiwa yang pernah

Pelatihan Menulis Cerpen

Tips Menulis CERPEN.

cara menulis cerpen

How To Analyze A Story

Elements of a Short Story

Outline a story

Coming Up with Story Ideas

How To Write A Short Story

How to Write a Great Short Story

CERPEN : JEAN




1989-PASIR MAS KELANTAN 

"Buang semua seluar jean!",perintah Ustaz Basir .

Alwie  menurut sahaja dan melonggokkan seluar jean.

Hari pertama  di pondok Sungai  Rambutan  Pasir  Mas  Kelantan  memang  menyeksakan.


"Peraturan pondok,semua jenis seluar diharamkan termasuklah seluar jean!Mulai sekarang kamu hanya boleh pakai kain sarong atau jubah.Kenapa nak pakai seluar jean pakaian kafir?",kata Ustaz Basir lagi  dengan nada tinggi .

"Sekolah apa ni?",bisik Alwie  sambil melihat Ustaz Basir pergi memeriksa pondok lain pula.

1988-SMK TANJONG RAMBUTAN 



"Alwie bin Abdullah!Kamu dibuang sekolah!",tegas Pengetua,Haji Ali.

Alwie menggaru kepala.

"Apa aku nak jawab dengan mak ayah nanti....",bisik Alwie.

Alwie menunggang basikalnya ke sawah dan melihat padi menghijau.

Waktu senja semakin hampir dan Alwie masih berada di sawah.

Dia termangu ketika mentari semakin terbenam.


2005- BAY OF ISLANDS,NEW ZEALAND

"Datok....MB call",ujar  pengawal keselamatan merangkap  pembantu peribadi,Haji  Abu

"Saya kat New Zealand Datok...berehat beberapa hari ",jawab Alwie.



Alwie  memikirkan beberapa perkara .PRU semakin dekat dan ada khabar angin mengatakan dirinya tidak akan dipilih menjadi calon PRU akan datang.

Berita tersebut tidak meresahkan Alwie,kerana ia adalah asam garam dunia politik.

Budaya cah keting dalam politik telah berlaku zaman berzaman.



"Abu..kau tahu tak?",sapa Alwie.

"Apa Datok?",balas Haji Abu.

"Dulu seluar jean kesayangan saya dibakar oleh Ustaz haramjadah",kata Alwie memulakan cerita.

"Seluar tu dihadiahkan arwah ibu saya.............",sambung Alwie dan matanya berkaca.

"Kau tahu siapa ustaz tu?dia akan bertanding melawan aku nanti di Parlimen Tambun ",kata Alwie sambil menarik nafas panjang.

Berseluar jean Levis,memakai Tshirt bertulis "LOVE  PERAK" ,Alwie melihat keindahan Bay of Islands.

"Pulau ni terkenal pelusuk dunia ..Bagaimana aku nak jadikan Pangkor sehebat pulau ini?',fikir Alwie dalam hatinya.

"Abu..kau tolong tulis ..",perintah Alwie kepada pembantunya.

Tidak sia-sia  perjalanan 13 jam merentas pelbagai negara .

Alwie melihat banyak perkara yang boleh dipelajari dari keunikan dan kemajuan New Zealand.

1989-PASAR MALAM 

"Mak belikan 3 helai seluar jean baru sebagai hadiah masuk sekolah baru nanti di Kelantan",ujar Mak Yam .

Alwie cukup seronok mendapat seluar baru jenama Levis kesukaannya.

Alwie memilih warna hitam,biru dan coklat.Itulah warna kesukaannya.


Pulang dari pasar malam,Alwie mengemaskan pakaian.

Alwie berjanji"Aku akan jaga pemberian mak ini sebaiknya",sambil mencium 3 helai seluar jean yang baru dibelikan ibunya.



"Sekolah baru nanti mesti best!",kata Alwie berfikir-fikir.


2009-PUSAT GERAKAN TAMBUN 

"Datok.......memang sah Ustaz Basir akan bertanding lawan Datok di Tambun",kata Hj Abu.

"OK...............wait and see...",balas Alwie.

Fikiran Alwie berkecamuk memikirkan lawannya dari parti kopiah ,

"Dulu dia bertanding kerusi Parlimen di Kelantan dan kalah ,sekarang nak cuba nasib di Perak pula",jelas Hj Abu.

Ustaz Basir amat terkenal di Kelantan walaupun berasal dari  Ipoh,Perak.

Kelantangan dalam ceramah politik terutama isu Hudud menarik orang Melayu mempercayai  falsafah politiknya.

Ketika Ustaz Basir bertanding di Parlimen Gua Musang melawan Tengku Hamidi,dia hanya kalah 150 undi sahaja.

Itulah yang dirisaukan Alwie.Ustaz Basir bukan calon biasa .

............................................

1955 - IPOH PERAK 

Cikgu Ghazali mengangkat bendera dan menjerit 

"Hidup Songkok!Hidup parti songkok!".

Walaupun masih muda ,namun semangat untuk menyatukan bangsa Melayu dan mendapatkan kemerdekaan menjadikan dia membara  melakukan demontrasi   sepanjang malam di bandar Ipoh.





1975 - PERKUBURAN 


Mak Yam dipujuk dan ditenangkan keluarga dan sahabat handai.

Dalam usia kandungan 3 bulan,suami tersayang meninggal dunia akibat sakit kanser usus.Mak Yam tidak menyangka  perkara sebegini boleh berlaku kerana  usia perkahwinan masih terlalu awal lagi.

Setelah 3 bulan Cikgu Ghazali terlantar di hospital,akhirnya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan isteri tersayang .

Perjalanan menghantar jenazah suami ke perkuburan amat sendu .

Hujan rintik-rintik mengiringi pemergian Cikgu Ghazali ke alam barzakh.

"Ghazali bte Maimunah.....kamu sekarang telah berpindah ke alam lain",Imam Khairi membacakan talkin dan tangisan Mak Yam terus mengalir tanpa henti.

Mak Yam rebah ..........................




INSYA -ALLAH BERSAMBUNG ..





CERPEN INI TIADA KAITAN DENGAN YANG MASIH HIDUP,AKAN MATI,AKAN LAHIR MAHU PUN TELAH LAMA MENINGGAL DUNIA...
SEKIRANYA ADA PERSAMAAN JALAN CERITA,NAMA,WATAK,LOKASI DAN SEBAGAINYA,IANYA HANYA KEBETULAN .

                HARAP MAKLUM 

Begin : 5 January 2017 

Finish : ????????????????






















CERPEN : BIAR MATI ANAK .............

                                                     1979-MUAR JOHOR 


"Mak buat apa?",tanya Yuhana.

"Tangkal................."jawab ibunya yang digelar  Atok Misah

Yuhana memerhati ibunya merendam kain hitam dan melibas-libas serta membaca sesuatu .

Yuhana yang masih kecil hanya memerhati.

"Kain ni ikat badan bayi ...Nanti tiada gangguan",ujar Atok Misah kepada seorang wanita.

"Terima kasih Atok...",balas wanita itu sambil menghulurkan RM50.




                                                 1995-UKM BANGI 



"Kenapa makan habis baru tambah?",tanya Yuhana.

"Memang biasa macam ni...",balas kawannya Anita .

"Lain kali jangan habiskan nasi baru tambah.....biarkan nasi berbaki dan tambah nasi",

ajar Yuhana.

"Nanti tak dapat rezeki.....",sambung Yuhana lagi.

Anita seakan tidak mengerti .

"Pelik betul Yuhana ni.........",detik Anita dalam kalbunya.

                                             1985-KOTA TINGGI -JOHOR 




"Intan ..pakai paku atas kepala tu..letak gunting bawah tilam.Langsuir dan hantu suka hisap darah orang bersalin."Atok Misah menyuruh Intan yang baru keluar wad hospital Kota Tinggi.

"Yea Atok...",jawab Intan.

Intan mengambil paku yang besar dan diletakkan di sanggul rambutnya.

"Apa kena mengena paku dengan langsuir?",bisiknya dalam hati.


1945 -JAWA INDONESIA 



Atok Misah mengemaskan pakaian.Tangkal dililitkan di badannya.Keris pusaka sejak turun temurun dimasukkan dalam beg pakaian.

"Nyiak inseng matak aji samarinsong!",Atok Misah membaca mantera agar perjalanan jauh selamat .

Atok Misah membawa tiga orang anaknya yang masih kecil  menaiki kapal laut untuk mencari  tempat baru mencari rezeki.

Setelah bercerai dengan suaminya,Tok Batin,Atok Misah menyara ketiga-tiga anaknya seorang diri .

"Berapa hari sampai ke Johor?",tanya Atok Misah.

"3 hari 3 malam jika selamat ibu ..........",balas  pekerja kapal.

Kapal  pun berlayar dan Atok Misah mengalirkan air mata kerna meninggalkan tanah tumpah dan bumi kelahirannya.

Puncak gunung semakin hilang dari pandangan dan lautan luas terbentang di depan mata.




1950-MUAR JOHOR 

"Pijan..........kau minta 3,4 helai rambut bakal isteri ",suruh Atok Misah .

Atok Misha mengambil mangkuk berisi air dan mulutnya kumat-kamit.

Pijan menunggang motosikal ke Tangkak bertemu tunangnya,Norayu.

"Ayu....boleh tak bagi 3,4  helai rambut?",pinta Pijan.

"Nak buat apa?",tanya Norayu kehairanan.

"Mak nak ...tak tahulah mak nak buat apa....",jawab Pijan .

Walaupun kehairanan,Norayu masuk ke bilik air dan menggunting beberapa helai rambutnya dan memberikan kepada tunangnya,Pijan.

"OK jumpa lagi .................",ucap Pijan berlalu pergi.

Setelah Pijan membawa rambut tunangnya ,Atok Misah meletakkan rambut ke dalam mangkuk air .Mulutnya kumat kamit membaca sesuatu.

Atok Misah mengambil keris dan mengocak-ngocak air dalam mangkuk.



"Pijan...tunangan kamu masih dara.....",ujar Atok Misah.

Pijan menarik nafas lega.

Majlis perkahwinan Pijan amat meriah .Paluan kompang bertalu-talu menyambut kehadiran pengantin perempuan dari Tangkak Johor.





"Kamu dah bersama isteri ke belum?",tanya Atok Misah.

"Sudah mak.............",jawab Pijan tersenyum.

Atok Misah pun membuat Nasi Tumpeng dan memberikan jiran-jiran.



2000-BUKIT RAMBAI MELAKA 

"Kabare?",tanya Atok Misah .

"Waras!",balas Mak Jah.

"Wah..boleh ngomong Jawa.."gurau Atok Misah sambil bersalam dengan Mak Jah .

"Kita kan mahu jadi keluarga...",balas Mak Jah  tersenyum.

Perbincangan panjang dua keluarga mengenai  pertunangan Yuhana dan Azlan bermula.

Akhirnya kedua-dua pihak bersetuju dengan hantaran RM10,000 serba satu.

Mak Jah menyarungkan cincin pertunangan ke jari Yuhana.







2001 -MASJID AL-AZHIM MELAKA 

Azlan selepas pulang dari kerja,terus ke masjid Al-Azhim untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah dan mendengar kuliah dari ustaz-ustaz.




"Kita asalnya beragama Hindu.Apabila nenek moyang kita memeluk Islam,adat dan kepercayaan karut masih diamalkan sesetengah pihak walaupun ianya syirik dan bidah",ujar Ustaz Kamus memberikan kuliah Maghrib pada satu malam.

"Saya hairan dengan masyarakat kita.Zaman sains dan teknologi pun mereka masih percaya benda tahyul dan bodoh",Ustaz Kamus menyindir.


Azlan tekun mendengar kuliah yang disampaikan Ustaz Kamus sambil mencatat apa yang penting.

al-Qur’an surah Al-Maa-idah ayat 72 :

- إِنَّهُ مَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللّهُ عَلَيهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ 

"Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.(QS. Al Maa’idah : 72 )

Ustaz Kamus membacakan ayat Quran dan menterjemahkannya.Ustaz Kamus juga memberikan contoh amalan syirik dan bidah yang masih diamalkan masyarakat.

Azlan amat tekun mendengar dan mencatat sepatah demi sepatah isi kuliah yang disampaikan dalam buku nota yang dibawa.

Setelah solat Isyak berjemaah,Azlan bertemu dengan Ustaz Kamus

"Ustaz...saya nak tanya boleh?',pinta Azlan.

"Boleh....apa dia?",jawab Ustaz Kamus.

"Hari tu saya ke rumah bakal mentua saya di Muar..............",sambung Azlan.





INSYA -ALLAH BERSAMBUNG ...............................................





GLOSARI :

TANGKAL   = penangkal sesuatu yg digunakan utk menolak bala, penyakit dll; azimat: ~ sawan tangkal utk mengelakkan sawan. menangkal menolak bala, penyakit dll dgn tangkal: menjampi dan ~.(KAMUS DBP ) 

MANTERA :kata atau ayat yg apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk me­nyembuhkan penyakit dll), jampi; membaca ~ mengucapkan mantera; bermantera telah dimanterai; memanterai mengenakan mantera pd: Pak Sairun sedang ~ anaknya; memanterakan membaca mantera utk se­suatu supaya dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll): maka Hajuman pun dlm antara buyung yg banyak itu dimanterakannya sebuah buyung. (KAMUS DBP ) 

LANGSUIR : hantu yg kononnya suka menghisap darah dan mengganggu orang bersalin.

(KAMUS DBP ) 

NASI TUMPENG :


BERSAMA : BERSETUBUH 

KABARE: APA KHABAR 

WARAS : SIHAT 

HANTARAN SERBA SATU : Terdiri dari gelang,cincin dan rantai emas.

MENTUA:  I ibu bapa, ibu atau bapa kpd isteri atau suami; ~-taya saudara kpd mentua; bermentuakan mempunyai atau menerima seseorang sbg mentua: dia bersyukur dan sangat gembira kerana dapat ~ orang yg warak. (KAMUS DBP ) 





CERPEN INI TIADA KAITAN DENGAN YANG MASIH HIDUP,AKAN MATI,AKAN LAHIR MAHU PUN TELAH LAMA MENINGGAL DUNIA...
SEKIRANYA ADA PERSAMAAN JALAN CERITA,NAMA,WATAK,LOKASI DAN SEBAGAINYA,IANYA HANYA KEBETULAN .

HARAP MAKLUM 

   Mula :  4 pagi , 5 Januari 2017 

Tamat : ????????????



























CERPEN : 50 SEN




                                        2017 : ALOR GAJAH MELAKA 



"Berapa kak?',tanya seorang pembeli di warung Kak Rae.

"50 sen saja dik...",balas Kak Rae.

"Murahnya..kat sempat saya,5 tahun lepas pun dah berharga seringgit",balas lelaki tersebut .

"Dari mana dik?',tanya Kak Rae.

"KL...........",jawab lelaki tersebut dan berlalu pergi setelah membayar .

                                                   2004-PUTRA JAYA 


Kak Rae menerima SMS : 

"Sempena tahun baru ,Perdana Menteri telah menghadiahkan hanya kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen sahaja ,di mana sepatutnya kenaikan 50 sen.Sila pergi penuhkan tangki kenderaan sebelum jam 12 tengah malam".


"Bang..esok minyak naik 20 sen ...........lepas ni harga barang semua naik",keluh Kak Rae kepada suaminya,Hj Isa.

"Tak apa..........kita jual harga biasa............",balas Hj Isa.





                                         1980 -KAMPUNG PAKU ALOR GAJAH 


"Aku terima nikahnya Raedah bte Jamal dengan maskahwin 99 sen tunai....",

"Sah?'".Imam  Saadon  bertanya.

"Sah......................",kata saksi-saksi pernikahan.

2000-MEKAH ALMUKARRAMAH 

"Maaf sayang..Abang yang buat fardhu haji dulu sorang-sorang",kata Isa di corong telefon.

"Tak apa..nanti ada rezeki,saya pula pergi.',balas isterinya Raedah ,redha dan qanaah dengan apa yang berlaku.

"Jaga diri baik-baik sayang....kirim salam anak kita",balas Isa dan meletakkan telefon.







                                                    INSYA -ALLAH BERSAMBUNG ..


CERPEN INI TIADA KAITAN DENGAN YANG MASIH HIDUP,AKAN MATI,AKAN LAHIR MAHU PUN TELAH LAMA MENINGGAL DUNIA...
SEKIRANYA ADA PERSAMAAN JALAN CERITA,NAMA,WATAK,LOKASI DAN SEBAGAINYA,IANYA HANYA KEBETULAN .

                                                     HARAP MAKLUM 

Mula : 4 Januari 2017 
Tamat : ????????????






Chow Kit Road - Allahyarham Sudirman Hj Arshad 2008

CERPEN : UBAT

                                            1999-CHOW KIT KL 

 


"Mari mari singgah!Ubat ni gerenti power.............sebiji je boleh tahan 59 minit non stop!",jerit peniaga ubat kuat seks di jalan Chow Kit.






Ramai berkerumun melihat pelbagai jenis ubatan yang dijual peniaga -peniaga haram  tersebut .
Bukan sahaja lelaki  dewasa dan  warga emas,malah  ada anak gadis usia belasan tahun memakai uniform sekolah Menengah.

Alwie  melihat-lihat  gelagat  mereka dan senyum sinis.

Jalan Chow Kit dipenuhi pelbagai jenis peniaga sama ada peniaga halal atau haram.Walaupun serbuan pihak berkuasa sentiasa dijalankan,peniaga haram tetap  tumbuh bagai cendawan.




Azan Maghrib berkumandang dan Alwie berlari laju mencari  surau .

Selepas solat jamak qasar ,Alwie meneruskan perjalanan meninjau pelbgai perkara di Chow Kit.


Siang bertukar menjadi malam dan kota KL terus hidup .....................................

Dari lagu kesukaan arwah Ayahnya bertajuk Chow Kit Road nyanyian Sudirman,Alwie mengenali Chow it.

https://www.youtube.com/watch?v=GFMfkyPdV6o

"Kota KL tak pernah mati .",kata Alwie dalam hati.

                                  1984 -Air Limau Masjid Tanah MELAKA 





"Tak nakkkkkkk..tak nak makan ubek!",jerit Alwie apabila melihat ibunya Mak Nah  membawa ubat.



"Makan ubek!kalau tak makan,bila nak sembuh nak...",pujuk Mak Nah .

"Tak nakkkkkkkkkkkkkkkkk!!!ubek pahit!tak sodap!",jerit Alwie menyorok dalam tandas.



"Ulau............ulau!!!"jerit Mak Nah 

Alwie yang ketakutan terus membuka pintu tandas dan  lari .

"Takut ulau.................takut............",jerit Alwie mencari tempat bersembunyi.

Mak Nah  semakin marah  dan penat dengan tingkahlaku anak bongsunya berusia  5 tahun.

"Hawau betul budak ni......penat aku main kejar-kejar!",keluh Mak Nah membebel.



Mak Nah terus ke dapur dan memasak mee Maggi dan memasukkan ubat ke dalam masakan tersebut .

"Adik....jom makan mee dengan mak",pujuk Mak Nah .

Alwie terus berlari laju dan mencapai mangkuk Maggi dan melahapnya dengan rakus.

30 minit kemudian,Alwie lena dibuai mimpi malam .......





                              2005- King's College London United Kingdom 






Prof Dr Adam bertanya dalam kelas 

"Why you all want to be a doctor?',

"Helping the people:,",jawab seorang pelajar bernama Mary.

"Do research about medical",kata seorang pelajar lain.

"I want to be a millionaire!",jawab Alwie pula.

Semua pelajar memandang Alwie yang agak serius.

Ada yang senyum kecil.

Alwie hanya diam membisu dan matanya tepat ke arah pensyarah .






INSYA -ALLAH BERSAMBUNG ..





                                                  GLOSARI 


CHOW KIT :

Oleh : Harith Faruqi Sidek

Antara jalan yang popular di ibukota Kuala Lumpur ialah Jalan Chow Kit, selain terkenal dengan aktiviti perniagaan, jalan ini juga menjadi popular apabila ia nya dilagukan oleh Sudirman Haji Arshad. Namun siapakah Chow Kit yang diabadikan namanya di jalan ini?, apakah sumbangan beliau hinggakan mendapat pengiktirafan yang begitu besar.


Chow Kit atau nama sebenarnya Loke Chow Kit ialah seorang tokoh perniagaan yang terkenal di Kuala Lumpur sekitar abad ke-19. Loke Chow Kit dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1864 dan mendapat didikan di Penang Free School. Selepas menamatkan pelajaran, beliau menyertai sebuah firma yang terkemuka di Pulau Pinang pada ketika itu,  Katz Brothers. Tidak lama selepas itu, Chow Kit berhijrah pula ke sebuah firma yang lain, iaitu Huttenbarch and Co, di syarikat ini beliau telah mendapat kepercayaan tinggi dari majikannya hingga dilantik menjadi pengurus bagi cawangan Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur, Loke Chow Kit kemudiannya menyertai syarikat yang menguruskan landasan keretapi sebagai Pengurus Trafik, syarikat ini adalah milik Loke Yew dan Chow Ah Yok, jawatan ini beliau pegang hinggalah konsesi pengurusan landasan ini tamat dan diambil alih semula oleh kerajaan negeri Selangor. Selepas dari itu, Chow Kit menyertai perniagaan yang diuruskan oleh Loke Yew, termasuk perlandangan di beberapa buah negeri termasuk Pahang dan Negeri Sembilan. Dengan pengalaman dan modal yang terkumpul, Loke Chow Kit kemudiannya membina perniagaannya sendiri dengan menubuhkan Chow Kit & Co, selain pada masa yang sama turut menjadi pengarah dan pemegang saham di beberapa buah syarikat perlombongan, antaranya Milling and Mining Co. Ltd., Federal Dispensary Co., Jeher Hydraulic Tin Mining Co. Ltd., Malay Cement Co. Ltd.,dan Serendah Hydraulic Tin Mining Co. Ltd.


Loke Chow Kit juga merupakan figura utama dalam masyarakat cina, khususnya di Kuala Lumpur, beliau banyak terlibat didalam aktiviti sosial, juga aktiviti kebajikan anjuran pelbagai pertubuhan awam pada ketika itu. Atas sumbangan kemasyarkatan yang besar jugalah beliau mendapat pengiktirafan hingga dianugerahi dengan Jaksa Pendamai (J.P) pada tahun 1917, beliau adalah rakyat Malaysia pertama dari keturunan cina yang menerima pengiktirafan berkenaan (Sunday Mail : 30 Mei 2004). Selain daripada itu, pada tahun 1893, Chow Kit merupakan antara individu terawal yang mempunyai telefon di kediamannya, tokoh lain yang turut mempunyai talian peribadi di kediaman masing-masing ialah, Loke Yew, Hock San dan K.Thamboosamy.( Azharudin, 2001).


Pada tahun 1903, Chow Kit telah membina sebuah rumah agam yang indah di Jalan Tangsi, oleh kerana ciri-ciri astetika yang terdapat pada bangunan tersebut, ianya telah dipelihara hingga kini. Rumah berkenaan  pernah diambil alih dan dijadikan Hotel Empire, kini ia nya menjadi bangunan Institut Arkitek Malaysia  (PAM). Loke Chow Kit meninggal dunia pada tahun 29 Ogos 1918 pada usia 54 tahun akibat radang paru-paru di kediaman tetapnya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Mendiang disemadikan di negeri kelahirannya, Pulau Pinang, mendiang turut meninggalakan dua orang balu dan 13 orang anak.

SUMBER : http://harithsidek.blogspot.com/


UBEK : UBAT ( LOGHAT/DIALEK  MINANG )

Ia digunakan meluas di Negeri Sembilan dan beberapa tempat di Melaka .





http://ujangchengkau.blogspot.my/2014/10/saya-dan-loghat-negeri-asal-usul.html

http://myadha.blogspot.my/2008/08/dialek-negeri-negeri-di-malaysia.html


SUDIRMAN : 

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sudirman_Haji_Arshad

SOLAT JAMAK QASAR :

http://masjidwilayah.gov.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=125:solat-jamak-dan-qasar

http://www.familiazam.com/jamak_dan_qasar.htm

http://www.ohmedia.my/2015/11/cara-solat-jamak-taqdim-dan-takhir.html


CERPEN INI TIADA KAITAN DENGAN YANG MASIH HIDUP,AKAN MATI,AKAN LAHIR MAHU PUN TELAH LAMA MENINGGAL DUNIA...SEKIRANYA ADA PERSAMAAN JALAN CERITA,NAMA,WATAK,LOKASI DAN SEBAGAINYA,IANYA HANYA KEBETULAN .

HARAP MAKLUM 

START : 4 JANUARY 2017 

FINISH : ?????????????????


Image may contain: text

Tuesday, January 3, 2017

BIODATA BTE BIOGRAFI PEMILIK BLOG

              






NAMA PENUH DALAM MYKAD : SAAT BIN SULAIMAN 

NAMA PENA : SATA SAALIMUN .

NAMA SAINTIFIK : TASA NAMIALUS 

PENDIDIKAN : UNIVERSITI ISLAM MADINAH ARAB SAUDI / UITM MELAKA 

TARIKH LAHIR : 28 SEPTEMBER 1974

TARIKH MATI : TU KENA TANYA MALAIKAT MAUT ..............

HOBI : CARI WANG,MEMBACA,MENULIS,MAKAN,MELANCONG,BERFIKIR ,MENASIHATI DIRI SENDIRI,BLOGGING ,LAYAN YOUTUBE .

MAKANAN KEGEMARAN : LAKSA

MINUMAN KEGEMARAN : MILK + CARROT 

TOKOH MALAYSIA YANG DIKAGUMI : YABHG TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

TOKOH PRESIDEN USA YANG DIKAGUMI : ABRAHAM LINCOLN.

TOKOH YANG PALING DIBENCI : FIRAUN DAN ABDULLAH BIN UBAI 

TOKOH BANGSA CINA YANG DIKAGUMI : CHENG HO DAN CONFUCIOUS

BUKU YANG TELAH DITERBITKAN : 

1.TIPS MENJADI IBU BAPA CEMERLANG. (PTS PUBLICATIONS )

2.IBU BAPA MITHALI. (PTS PUBLICATIONS )

3.USAHAWAN KAYA WANG KAYA IMAN. (PTS PUBLICATIONS )

4.BUAT DUIT DENGAN JUAL PAKAIAN. (PTS PUBLICATIONS )

5.USAHAWAN CEMERLANG. (UTUSAN PUBLICATIONS )

6.REMAJA POSITIF. (UTUSAN PUBLICATIONS )

7.ANAK ADALAH ANUGERAH. (UTUSAN PUBLICATIONS )

8.MELAKAR SYURGAWI IDAMAN (TELAGA BIRU SDN BHD  )


9.PERIBADI DR M – TERBITAN SENDIRI

10.IMAN ADALAH ANUGERAH : TERBITAN SENDIRI 



PROFESION : USAHAWAN,PENULIS,PENCERAMAH,FASILILATOR,PEMANDU PELANCONG,PENGIRA DUIT SYILING,PENGHANTAR ANAK SEKOLAH,PENULIS KERTAS KERJA,PENULIS BUKU,PENULIS MACAM-MACAM DAAAA..........BLA BLA BLA BLA......

BAHASA DIKUASAI : TUJUH 

WHATSAPP 24 JAM :


LOKASI DUNIA YANG TERINGIN JELAJAH : ANTARTIKA 

PLANET YANG TERINGIN SAMPAI : ZUHAL 



LOKASI SUKA LEPAK MEMBACA BUKU :

TASIK TITIWANGSA KL DAN HUTAN REKREASI AIR KEROH 




KESEMUANYA ADALAH  HAKCIPTA  @ 2017-2099 KWKI  CONSULTANT