Wednesday, November 12, 2014

Cerpen MAAFKAN AKU

CERPEN : Maafkan aku ….


2004

       Inspektor  Sabu melihat jam tangannya..


“Aduss..dah 8 jam ni…….”


          Isteri kesayangan masih di wad bersalin Hospital Kuala Pilah.Fikirannya gusar dan mulutnya 

kumat kamit membaca doa tanpa henti.


“Ya Allah Ya Rahman..permudahkan isteriku bersalin ..dan selamatkanlah isteri dan bayi sulongku …”

Sabu kemudian membaca surah Yaasin di bangku menunggu di luar wad bersalin……………

tit tot tit tot…..tiba-tiba bunyi telefon bimbitnya berbunyi………..

1989


“Tak nak lah jadi polis! Polis rasuah!”.Balas Sabu ketika dipujuk ibunya.

“Bukan semua rasuah!”balas Ayahnya Mohamad yang sedang berkepul asap rokok daun  sambil menggeleng-geleng kepala.

“Ayah pun bekas askar..takkan Adik tak boleh?”balas Sabu menjeling.

“Abang kau dah jadi doktor,kakak kau dah jadi cikgu..adik jadi la polis…”Ayahnya memujuk.Batuk-batuk  kecil menghisap rokok daun .

       Sabu kebingungan.Cita-citanya adalah menjadi askar kerana sering terpaku dengan kehebatan Leftenan Adnan.Baginya askar lebih patriotik dan mencabar.

       Perasaan terpaksa Sabu mengisi borang jawatan polis dalam PDRM  disamping hatinya berdoa agar tidak berjaya.

Tiga bulan kemudian

   “Pet pet……………………” bunyi hon motor posmen di depan rumah.

“Sign sini …”kata posmen.

“Sabu……………….kau berjaya!”jerit ibu Mat Sabu,Mak Jah .

    Sabu yang baru bangun tidur terpinga-pinga mendengar jeritan ibunya….


1983

“Lesen…………….”ujar polis dalam satu sekatan jalan raya.

“Lesen?saya baru tingkatan satu..mana ada lesen”jawab Sabu angkuh.

“Dah tahu takda lesen..kenapa tunggang motosikal?”tanya pegawai polis

“Takkan nak naik kuda datok….”balas Sabu selamba.

“Loyar buruk betul………..nasib baik kau anak Imam Mohamad aku kenal….lepas ni aku jumpa lagi,pasti aku saman!”balas pegawai polis.

Sabu broom motornya meninggalkan pegawai polis dengan ketawa berdekah-dekah…

“Hawau punya budak..aku tak saman..takde nak ucapkan terima kasih…”keluh pegawai polis dalam hatinya.Rakannya hanya tersenyum.

1990

  “Kita semua adalah penguatkuasa undang-undang..jangan sesekali menyalahgunakan kuasa.Ingat Tuhan.Ingat agama.Jalankan tanggungjawab dengan bersih,cekap,amanah…Jagalah nama jabatan kita ”

    Inspektor  Ramlan berucap di majlis yang penting di dewan Pulapol.Sabu yang buat-buat tidur  berkhayal mengenai kekasih di kampung.

    Tiga tahun di Pulapol amat menyeksakan.Bangun seawal  5 pagi.Terpaksa ‘jogging’ sejauh 5 kilometer sehari….

“Peewit………………..”siul Sabu terhadap Inspektor Ramlah.

“Aik..nak kena denda lagi ke?”balas Inspektor Ramlah sambil tersenyum.

“Tak nak..saja-saja je…..pergi mana Inspektor?”tanya Sabu.

“Pergi mana lagi…nak lunch dengan boyfriend la….kasihan Sabu takde awek lagi….”balas Inspektor Ramlah  sambil menjelirkan lidah.


1991


    Imam Mohamad dan Mak Jah tersenyum melihat gambar  anak lelaki bongsunya, Sabu yang menerima watikah perlantikan sebagai konstabel.

“Segak anak kita bang…..”ujar Mak Jah

“Anak bapak………….”balas suaminya.

     Sabu dihantar ke  Balai Polis Kundasang Sabah di mana terpaksa berjauhan dari ibu bapa yang tinggal di  Felda  Jengka Pahang .

     Salju pagi menusuk tulang.Cuaca yang amat sejuk dirasakan pabila bangun pagi.Melihat mentari pagi yang senyum ketika terbit amat menyenangkan.Udara bersih di kawasan yang masih belum membangun sehebat Cameron Highlands…

     “Sabu!pasal lambat?”tanya Sarjan Ramli.

“Sarjan..malam tadi mimpi panjang……”balas Sabu tersengih.

“Dah solat Subuh belum?”tanya Sarjan Ramli.

“Dah…Subuh Gajah Sarjan….letak jam 5 pagi,tersedar 6.30 pagi….”balas Sabu .

“Hahaha..kau ingat Semenanjung ke?kat Semenanjung 6.30 pagi Subuh masih ada…sini mentari dah mencanak naik….”Sarjan Ramli meneruskan perbualan.

     Kundasang amat cantik.Selama ini hanya didengar cerita orang dan ditonton dalam TV.Kini menjadi anak Kundasang.Penduduknya amat ramah walaupun pelbagai  bangsa dan suku kaum.



                     Insya-Allah  to be continued……………