Thursday, September 26, 2013

CERPEN : SEHIDUP SEMATI

CERPEN : Maafkan aku……




Pada satu petang……………

“Irfan…..kau nak ke tak nak?”tanya Hajjah Khadijah pada satu petang…

“Nanti la mak….Fan fikir dulu..”jawab Irfan acuh tidak acuh..

Irfan merenung langit petang…..Matanya bergenang….


Tingkatan 1 Perdagangan 1

Sekolah Menengah Rendah Masjid Tanah

Jun 1987


           “Aku dengar kau nak pindah sekolah?”tanya  Rosnah,rakan sekelas.

“Entah lah..aku belum buat keputusan..”jawab Irfan .

Irfan benar-benar tidak bersemangat  ..fikirannya menerawang ketika guru Sejarah Cikgu Mat  Jani

mengajar….Sukar baginya untuk buat keputusan..

“Irfan..mengapa Melaka kalah dengan Portugis?”

“hah?”jawab Irfan.

“Kamu ni berkhayal ke Irfan??”marah Cikgu Mat Jani

“Maaf cikgu……Melaka kalah kerana askar Melaka xda nuklear!”jawab Irfan sambil menggaru

kepalanya…


Semua pelajar dalam kelas terbahak-bahak ketawa…


……………………………………………………….

     Irfan tidak tahu bagaimana mahu menjawab pertanyaan ibundanya.Irfan sudah serasi dengan

sekolah  yang baru enam bulan dimasukinya.Namun ibunya mahu Irfan pindah ke sekolah arab…


“Ros…..”sapa Irfan

“apa?”balas Rosnah,teman baik Irfan di sekolah

“Kalau aku pindah,aku sedih tak?”tanya Irfan

“Erm……………..”dengus Rosnah.

       Rosnah tidak tahu apa yang mahu dijawabnya…

“Fan….kita ni baru kenal 6 bulan…kau banyak tolong aku ,ajar aku..sudah tentu terasa jika kau pindah”balas Rosnah,matanya berkaca..


    Irfan seakan tidak mendengar dan menguyah ayam goreng dengan lahapnya…



Julai 1987


“Fan..dah sebulan ni mak tanya..kau nak pindah tak?”tanya ibunya .


“Baiklah..saya setuju pindah ….”balas Irfan dengan menarik nafas panjang.


Esoknya Irfan ke sekolah dan bertemu guru besar untuk urusan perpindahan sekolah.Irfan bersalaman dengan semua kawan-kawan.


“Ros….kita kawan selamanya…”kata Irfan.


“Ok…take care..”balas Rosnah lembut.


Irfan keluar sekolah dengan linangan air mata….


Ogos 1987


“Feel  amar adalah kata kerja yang menunjukkan suruhan,contohnya Izhab ,maksudnya pergilah!”Ustaz

 Adam memulakan pengajaran bahasa arab.Irfan hanya mendongak  mendegar celoteh Ustaz Adam.


Irfan  berasa amat bosan dengan sekolah baru…suasana baru.Tiada lagi kelibat  Rosnah,Ah Chong

,Ibrahim,Salim dan lain-lain dalam kelas.


“Pening betul sekolah arab nie…”keluh Irfan dalam hatinya.



“sekolah ok tak?”tanya Hjh Khadijah  dalam telefon.


“Ok mak…cuma susah sikit sekolah arab ni…”balas Irfan.


“lama-lama ok la…..”balas ibunya.

“belajar rajin-rajin……”sambungnya ibunya.



     Setelah  4 tahun berada di Maahad Annur,Kota Bharu ,Irfan akan menghadapi peperiksaan penting iaitu SMU.Siang malam membaca dan menelaah…


“Mak…doakan Irfan..kirim salam kat ayah..”kata Irfan melalui telefon yang setia menelan duit syiling…


Peperiksaan pun tiba………



…………………………………………………………



1992 Tingkatan Lima


Irfan kini berada di SMU Arrahmah   dalam jurusan sastera.Itulah bidang yang diminatinya setelah tidak mampu untuk berdepan dengan Matematik dan Sains…


Keputusan SMU pun keluar…

hah?


Pangkat Satu Mumtaz agregat 11???


Irfan seakan tidak percaya melihat keputusan….


“Mak…..Ayah..Irfan dapat cemerlang!”jerit Irfan memgang kertas keputusan.


Kini Irfan perlu tekun untuk menghadapi SPM pula tahun ini….keputusan SMU memberi semangat kepada Irfan.

Bulan berganti bulan….


“Fan…..kamu dapat tawaran belajar luar negara..”kata ibunya,Hjh Khadijah.


“Hah?tapi Fan nak ambil SPM dulu….”balas Irfan.


“Rugi kalau tolak….Universiti ni beri biasiswa….”balas ibunya.



     Irfan termanggu-mangu .Apa keputusan perlu dibuat?


Irfan menemui guru besar sekolah dan berbincang mendapatkan nasihat …


“Fan..terima lah tawaran tu…bukan senang nak dapat” kata Ustaz Salleh Pengetua sekolah.


……………………………………………………………….



“Ros…aku dapat belajar over-sea..”kata Irfan.

“Tahniah……..”balas Rosnah.


“Habis SPM tak sempat ambil?”tanya Rosnah


“Tak apa la….nanti boleh ambil kemudian…”balas Irfan.


        Irfan menyandar  sambil melihat kicauan burung di sawah….




……………………………………………………………………….

1  November 1992

“Buat temanku Ros……

aku sekarang di Universiti….”

  Irfan menggaru kepalanya

“Apa lagi aku nak tulis ni???”keluhnya.


Irfan pun menyambung tulisannya…


“Ros………………….

kita dah lama kenal,namun kita tidak pernah merasakan…..

Namun aku semakin merasakan bila kejauhan darimu…

Aku sebenarnya amat merinduimu…

Hanya potretmu menjadi penawar…

Tahukah kamu Ros?

sebelum ke kuliah aku pandnag potretmu…

Malah sampai dalam jamban pun aku bawa gambar kau…

Ros….

doakan aku berjaya

aku sentiasa mendoakan kau…

ok la Ros

nanti lain kali aku tulis lagi…

Salam Sayang…

IRFAN


Kingdom Of Saudi Arabia



   Irfan memasukkan warkah ke dalam sampul surat.Esok akan dipos.



…………………………………………………………………………………….




Cuti semester selama dua bulan dirasakan amat pendek.Tidak puas rasanya dapat bertemu Rosnah .
Melihat susuk tubuh Rosnah yang semakin gebu membuatkan Irfan menjeling manja..Rambutnya mengurai  panjang melepasi bahu.


“Hei..tengok apa tu?”jerkah Rosnah


“Tak lah!tengok mata  je..”balas Irfan sambil menundukkan pandangan.


        Rosnah kini  belajar di Uitm dalam bidang kewartawanan.Itulah bidang yang diminatinya sejak sekolah menengah.


………………………………………..


“Apa?Fan tak setuju….”bentak Irfan


“Fan..ini pilihan terbaik.Dia lulusan Universiti al-Azhar….”jawab ayahnya Haji  Ali.


Suasana tegang dan berlaku perbalahan antara Irfan dengan ayahnya.


Irfan  bangun dan terus keluar rumah.Itulah kali terakhir Irfan melihat ayahnya…



…………………………………………



“Ros…aku amat mencintaimu…”


“aku pun sama….tapi…….”balas Rosnah


“Tak ada tapi tapi….Ros adalah pilihan terbaik …..”balas Irfan.


  Irfan menamatkan perbualan dan meletakkan gagang telefon.Kini Irfan bekerja di  Tampines Singapura .Sejak bekerja di Singapura,Irfan tidak pernah pulang ke rumah.Hanya talian telefon penghubung kekasih hatinya Rosnah.



          Sejak pertengkaran dengan ayahnya tempohari,Irfan tidak pernah pulang ke kampung.Aidilfitri pun bersama teman-teman sekerja di Kota Singa.Sudah lima tahun Irfan di SIngapura.Affan hanya pulang ke Kuala Lumpur  bertemu Rosnah dan pulang semula ke Singapura.



“Fan..baliklah….Ayah selalu sakit…”pinta ibunya dalam corong telefon.


“Fan takkan balik jika mak ayah tidak pinang Rosnah…”balas Irfan.


tutttttttttt………………….




            Rosnah sedang bersiap  untuk ke  tempat kerjanya ,Astro .Rosnah melihat jarum jam yang seakan laju …

“Adus..dah lambat nie…”keluhnya sambil membetulkan tudung.Sejak  Irfan  menhadiahkan tudung pada hari ulang tahun ke 22 tempohari,Rosnah bertudung.


     Rosnah memecut keretanya  di celah celah kota raya yang sibuk .

Tiba-tiba…



“Ya Allah!”jerit Rosnah.



…………………………………………………………………………………………………………


“Walaupun Rosnah koma..Fan tetap akan menikahinya!”


itulah penjelasan Irfan kepada ibu bapanya.


Setelah berbincang dengan keluarga Rosnah  ,majlis akad nikah dilakukan di hospital iaitu di bilik

ICU Hospital Kuala Lumpur.



“aku terima nikahnya Rosnah Bte Abdul Latif dengan mas kahwin RM40 tunai …”


Setelah  Irfan mengucapkan lafaz akad nikah disaksikan Imam dan saksi di Hospital Besar Kuala Lumpur ,mesin denyutan jantung  bergerak semakin pantas dan tiba-tiba semakin perlahan dan perlahan..terdengar jelas nafas Rosnah semakin kencang….



“Innalillah………………”kata doktor  setelah memeriksa denyutan nadi Rosnah.


Rosnah pergi selamanya………………………..



      “Ros….kenapa Ros sukakan Fan?”tanya Irfan pada satu petang setelah melihat Rosnah semakin ayu memakai tudung.


“Erm…..Fan  adalah nyawa Ros…”balas Rosnah.


Irfan mengalirkan air mata…………………………..




                      Tanah Perkuburan Air Limau  Masjid Tanah Melaka


       Irfan menyiram air mawar dan matanya bergenang.Irfan bangkit dan mengucapkan tahziah kepada

 ibu bapa Rosnah.


                        Irfan pun keluar dari perkuburan dan  menghidupkan enjin keretanya.


“Bang!”


   Kereta Irfan dilanggar oleh sebuah lori  ketika cuba membuat pusingan U .


“Maafkan aku mak..ayah….………………………………………..”suara Irfan tersekat-sekat.


“Mengucap…..Mengucap…” pinta  orang ramai mengerumuni  Irfan yang semakin nazak..


“asyahdu ……………………………”



                                 Bersemadilah dua insan buat selamanya………….


Cerpen ini tiada kaitan yang hidup atau telah mati…..



                                                                 ~~ TAMAT  ~~


GLOSARI :



Cerpen ini tiada kaitan yang hidup atau telah mati…..


COPYRIGHT @SS DOT COM 2016-2099