CERPEN : Maafkan
aku……
Pada satu petang……………
“Irfan…..kau nak ke tak nak?”tanya Hajjah Khadijah pada satu
petang…
“Nanti la mak….Fan fikir dulu..”jawab Irfan acuh tidak
acuh..
Irfan merenung langit petang…..Matanya bergenang….
Tingkatan 1 Perdagangan
1
Sekolah Menengah Rendah Masjid Tanah
Jun 1987
“Aku dengar
kau nak pindah sekolah?”tanya
Rosnah,rakan sekelas.
“Entah lah..aku belum buat keputusan..”jawab Irfan .
Irfan benar-benar tidak bersemangat ..fikirannya menerawang ketika guru Sejarah
Cikgu Mat Jani
mengajar….Sukar baginya untuk buat keputusan..
mengajar….Sukar baginya untuk buat keputusan..
“Irfan..mengapa Melaka kalah dengan Portugis?”
“hah?”jawab Irfan.
“Kamu ni berkhayal ke Irfan??”marah Cikgu Mat Jani
“Maaf cikgu……Melaka kalah kerana askar Melaka xda
nuklear!”jawab Irfan sambil menggaru
kepalanya…
kepalanya…
Semua pelajar dalam kelas terbahak-bahak ketawa…
……………………………………………………….
Irfan tidak tahu
bagaimana mahu menjawab pertanyaan ibundanya.Irfan sudah serasi dengan
sekolah yang baru enam bulan dimasukinya.Namun ibunya mahu Irfan pindah ke sekolah arab…
sekolah yang baru enam bulan dimasukinya.Namun ibunya mahu Irfan pindah ke sekolah arab…
“Ros…..”sapa Irfan
“apa?”balas Rosnah,teman baik Irfan di sekolah
“Kalau aku pindah,aku sedih tak?”tanya Irfan
“Erm……………..”dengus Rosnah.
Rosnah tidak
tahu apa yang mahu dijawabnya…
“Fan….kita ni baru kenal 6 bulan…kau banyak tolong aku ,ajar
aku..sudah tentu terasa jika kau pindah”balas Rosnah,matanya berkaca..
Irfan seakan tidak
mendengar dan menguyah ayam goreng dengan lahapnya…
Julai 1987
“Fan..dah sebulan ni mak tanya..kau nak pindah tak?”tanya
ibunya .
“Baiklah..saya setuju pindah ….”balas Irfan dengan menarik
nafas panjang.
Esoknya Irfan ke sekolah dan bertemu guru besar untuk urusan
perpindahan sekolah.Irfan bersalaman dengan semua kawan-kawan.
“Ros….kita kawan selamanya…”kata Irfan.
“Ok…take care..”balas Rosnah lembut.
Irfan keluar sekolah dengan linangan air mata….
Ogos 1987
“Feel amar adalah
kata kerja yang menunjukkan suruhan,contohnya Izhab ,maksudnya pergilah!”Ustaz
Adam memulakan pengajaran bahasa arab.Irfan hanya mendongak mendegar celoteh Ustaz Adam.
Adam memulakan pengajaran bahasa arab.Irfan hanya mendongak mendegar celoteh Ustaz Adam.
Irfan berasa amat
bosan dengan sekolah baru…suasana baru.Tiada lagi kelibat Rosnah,Ah Chong
,Ibrahim,Salim dan lain-lain dalam kelas.
,Ibrahim,Salim dan lain-lain dalam kelas.
“Pening betul sekolah arab nie…”keluh Irfan dalam hatinya.
“sekolah ok tak?”tanya Hjh Khadijah dalam telefon.
“Ok mak…cuma susah sikit sekolah arab ni…”balas Irfan.
“lama-lama ok la…..”balas ibunya.
“lama-lama ok la…..”balas ibunya.
“belajar rajin-rajin……”sambungnya ibunya.
Setelah 4 tahun berada di Maahad Annur,Kota Bharu
,Irfan akan menghadapi peperiksaan penting iaitu SMU.Siang malam membaca dan
menelaah…
“Mak…doakan Irfan..kirim salam kat ayah..”kata Irfan melalui
telefon yang setia menelan duit syiling…
Peperiksaan pun tiba………
…………………………………………………………
1992 Tingkatan Lima
Irfan kini berada di SMU Arrahmah dalam jurusan sastera.Itulah bidang yang
diminatinya setelah tidak mampu untuk berdepan dengan Matematik dan Sains…
Keputusan SMU pun keluar…
hah?
Pangkat Satu Mumtaz agregat 11???
Irfan seakan tidak percaya melihat keputusan….
“Mak…..Ayah..Irfan dapat cemerlang!”jerit Irfan memgang
kertas keputusan.
Kini Irfan perlu tekun untuk menghadapi SPM pula tahun ini….keputusan
SMU memberi semangat kepada Irfan.
Bulan berganti bulan….
“Fan…..kamu dapat tawaran belajar luar negara..”kata
ibunya,Hjh Khadijah.
“Hah?tapi Fan nak ambil SPM dulu….”balas Irfan.
“Rugi kalau tolak….Universiti ni beri biasiswa….”balas
ibunya.
Irfan
termanggu-mangu .Apa keputusan perlu dibuat?
Irfan menemui guru besar sekolah dan berbincang mendapatkan
nasihat …
“Fan..terima lah tawaran tu…bukan senang nak dapat” kata
Ustaz Salleh Pengetua sekolah.
……………………………………………………………….
“Ros…aku dapat belajar over-sea..”kata Irfan.
“Tahniah……..”balas Rosnah.
“Habis SPM tak sempat ambil?”tanya Rosnah
“Tak apa la….nanti boleh ambil kemudian…”balas Irfan.
Irfan
menyandar sambil melihat kicauan burung
di sawah….
……………………………………………………………………….
1 November 1992
“Buat temanku Ros……
aku sekarang di Universiti….”
Irfan menggaru
kepalanya
“Apa lagi aku nak tulis ni???”keluhnya.
Irfan pun menyambung tulisannya…
“Ros………………….
kita dah lama kenal,namun kita tidak pernah merasakan…..
Namun aku semakin merasakan bila kejauhan darimu…
Aku sebenarnya amat merinduimu…
Hanya potretmu menjadi penawar…
Tahukah kamu Ros?
sebelum ke kuliah aku pandnag potretmu…
Malah sampai dalam jamban pun aku bawa gambar kau…
Ros….
doakan aku berjaya
aku sentiasa mendoakan kau…
ok la Ros
nanti lain kali aku tulis lagi…
Salam Sayang…
IRFAN
Kingdom Of Saudi Arabia
Irfan memasukkan
warkah ke dalam sampul surat.Esok akan dipos.
…………………………………………………………………………………….
Cuti semester selama dua bulan dirasakan amat pendek.Tidak
puas rasanya dapat bertemu Rosnah .
Melihat susuk tubuh Rosnah yang semakin gebu membuatkan
Irfan menjeling manja..Rambutnya mengurai
panjang melepasi bahu.
“Hei..tengok apa tu?”jerkah Rosnah
“Tak lah!tengok mata
je..”balas Irfan sambil menundukkan pandangan.
Rosnah
kini belajar di Uitm dalam bidang
kewartawanan.Itulah bidang yang diminatinya sejak sekolah menengah.
………………………………………..
“Apa?Fan tak setuju….”bentak Irfan
“Fan..ini pilihan terbaik.Dia lulusan Universiti al-Azhar….”jawab
ayahnya Haji Ali.
Suasana tegang dan berlaku perbalahan antara Irfan dengan
ayahnya.
Irfan bangun dan
terus keluar rumah.Itulah kali terakhir Irfan melihat ayahnya…
…………………………………………
“Ros…aku amat mencintaimu…”
“aku pun sama….tapi…….”balas Rosnah
“Tak ada tapi tapi….Ros adalah pilihan terbaik …..”balas
Irfan.
Irfan menamatkan
perbualan dan meletakkan gagang telefon.Kini Irfan bekerja di Tampines Singapura .Sejak bekerja di
Singapura,Irfan tidak pernah pulang ke rumah.Hanya talian telefon penghubung
kekasih hatinya Rosnah.
Sejak
pertengkaran dengan ayahnya tempohari,Irfan tidak pernah pulang ke
kampung.Aidilfitri pun bersama teman-teman sekerja di Kota Singa.Sudah lima
tahun Irfan di SIngapura.Affan hanya pulang ke Kuala Lumpur bertemu Rosnah dan pulang semula ke Singapura.
“Fan..baliklah….Ayah selalu sakit…”pinta ibunya dalam corong
telefon.
“Fan takkan balik jika mak ayah tidak pinang Rosnah…”balas
Irfan.
tutttttttttt………………….
Rosnah
sedang bersiap untuk ke tempat kerjanya ,Astro .Rosnah melihat jarum
jam yang seakan laju …
“Adus..dah lambat nie…”keluhnya sambil membetulkan
tudung.Sejak Irfan menhadiahkan tudung pada hari ulang tahun ke
22 tempohari,Rosnah bertudung.
Rosnah memecut
keretanya di celah celah kota raya yang
sibuk .
Tiba-tiba…
“Ya Allah!”jerit Rosnah.
…………………………………………………………………………………………………………
“Walaupun Rosnah koma..Fan tetap akan menikahinya!”
itulah penjelasan Irfan kepada ibu bapanya.
Setelah berbincang dengan keluarga Rosnah ,majlis akad nikah dilakukan di hospital iaitu
di bilik
ICU Hospital Kuala Lumpur.
ICU Hospital Kuala Lumpur.
“aku terima nikahnya Rosnah Bte Abdul Latif dengan mas
kahwin RM40 tunai …”
Setelah Irfan
mengucapkan lafaz akad nikah disaksikan Imam dan saksi di Hospital Besar Kuala
Lumpur ,mesin denyutan jantung bergerak
semakin pantas dan tiba-tiba semakin perlahan dan perlahan..terdengar jelas
nafas Rosnah semakin kencang….
“Innalillah………………”kata doktor setelah memeriksa denyutan nadi Rosnah.
Rosnah pergi selamanya………………………..
“Ros….kenapa Ros
sukakan Fan?”tanya Irfan pada satu petang setelah melihat Rosnah semakin ayu
memakai tudung.
“Erm…..Fan adalah
nyawa Ros…”balas Rosnah.
Irfan mengalirkan air mata…………………………..
Tanah Perkuburan Air
Limau Masjid Tanah Melaka
Irfan menyiram air mawar dan matanya
bergenang.Irfan bangkit dan mengucapkan tahziah kepada
ibu bapa Rosnah.
ibu bapa Rosnah.
Irfan pun keluar dari perkuburan dan
menghidupkan enjin keretanya.
“Bang!”
Kereta Irfan
dilanggar oleh sebuah lori ketika cuba
membuat pusingan U .
“Maafkan aku mak..ayah….………………………………………..”suara Irfan
tersekat-sekat.
“Mengucap…..Mengucap…” pinta
orang ramai mengerumuni Irfan
yang semakin nazak..
“asyahdu ……………………………”
Bersemadilah dua insan
buat selamanya………….
Cerpen ini tiada kaitan yang hidup atau telah mati…..
~~ TAMAT ~~
GLOSARI :
Cerpen ini tiada kaitan yang hidup atau telah mati…..
COPYRIGHT @SS DOT COM 2016-2099
COPYRIGHT @SS DOT COM 2016-2099