SELAMAT TINGGAL
DUNIA………….
“Haji………….abang nak tanya pasal haji….kalau kita banyak hutang,camna
kita nak pi haji?”
Sapa Norizan pada satu petang….Ustaz Kamus yang biasa
dipanggil Haji menjawab “Kita ni
berniaga bang…sampai mati pun tak habis hutang….Jika ada rezeki,pergilah bang…Hutang
kita boleh dibayar….Sekarang mana ada orang tak berhutang?semua berhutang..makan gaji pun
berhutang….”
Norizan
termanggu-manggu dengan jawapan Ustaz Kamus…setelah diberikan buku Usahawan
Kaya Wang Kaya Iman oleh Ustaz Kamus,Norizan
semakin memahami ilmu agama…sebagai bekas askar yang tidak mempunyai pendidikan agama
tinggi,Norizan hanya menambahkan ilmu melalui buku-buku agama selain hadir
kuliah di masjid dan surau ..
Sejak jam 8
pagi Norizan membuka premis perniagaan…dibantu
oleh dua pekerja yang komited.Itulah rutin Norizan sejak pencen askar…Pelbagai jenis peralatan dan mesin dibaiki.Semakin lama semakin
bertambah banyak…Kerja yang cepat dan pantas menjadikan bisnes Norizan semakin
maju.
“Yang..kita dah
ada dua rumah…..lepas ni nak beli rumah ketiga…..abang serba salah yang….haji
belum pergi lagi…”ujar Norizan satu malam.
“Ala………….abang ni muda lagi……………..baru 52 tahun…”balas
isterinya Milah.
Norizan membelek-belek buku Tabung Haji.Ada lima ribu ringggit.Jika
ditambah lima ribu lagi,sudah cukup untuk pergi haji…
Sejak tahun lepas Norizan asyik terfikirkan
mengenai ibadat haji…Ramai kawan-kawan geng askar dulu dah meninggal dunia…Ramai
yang kaya raya namun meninggal dunia dan
belum sempat menunaikan haji.
“Encik..jika duit akaun saya dah genap 10 ribu,bila saya dapat pergi
haji?” Norizan bertanya pegawai Tabung Haji
.
“Jika ikut usia Encik,lagi
15 tahun …”jawab pegawai
tersebut…
terperanjat Norizan……
“Mengapa lama sangat?”balas Norizan.
“Jumlah yang mendaftar pergi haji usia 70 dan 80 tahun ramai
Encik..kita dahulukan mereka yang tua
dahulu..”balas pegawai tersebut.
Norizan
mencongak-congak..Usianya sekarang sudah 52 tahun…selepas 15 tahun,sudah 67
tahun…
Norizan tanpa berfikir panjang,terus memasukkan 5 ribu lagi dalam akaun
Tabung Haji dan genaplah 10
ribu…
“Terima kasih………….”sapa pegawai sambil tersenyum.Norizan
keluar dari pejabat Tabung Haji dan berdoa “Ya Allah…sampaikan niatku untuk
menunaikan fardhu haji…”
Air matanya bergenang
ketika memandu pulang……………
“Abang
pergi mana tadi?”tanya Milah sambil menuang air kopi kegemaran suaminya.
“Abang pergi Tabung Haji..masukkan duit..dah cukup untuk
pergi haji…”balas Norizan.
“Kan hari tu abang
cakap nak beli rumah satu lagi di
Nilai?”balas isterinya
“Tak jadi la…..abang ingat nak pergi haji…duit dah penuh pun
kena tunggu 15 tahun…”Jawab Norizan sambil memasukkan cekodok yang digoreng isterinya..
“Hah?15 tahun…..?kenapa lambat sangat?”tanya isterinya
kehairanan.
“Kita ni muda..Tabung Haji dahulukan yang lebih
tua……..”jawab Norizan.
“hehe..muda bang….abang tu dah 52 tahun………..”balas Milah
sambil tersengih…
“Ustaz……..”sapa Norizan.
“Tak payahlah panggil ustaz..panggil haji je…”balas Haji
Kamus.
“kenapa nama ustaz Kamus?”
“haha…..nama saya Kamus?kamus tu gelaran je bang..masa saya
kat Universiti,saya suka hafal kamus arab…”
“oooooo…………………………”balas Norizan.
“Nama saya Saat bin Minit..hehe……”jawab Ustaz Kamus.
Norizan terbahak-bahak ketawa…
Norizan
dan Ustaz Kamus amat rapat.Mereka suka berjenaka dan berbual-bual.Norizan suka
bercerita mengenai pengalamannya di
negara Afrika ketika menjadi askar,Ustaz Kamus pula bercerita
kenangan
semasa belajar di Universiti islam Madinah …
Norizan
banyak belajar agama dari Ustaz Kamus.Nasihat-nasihat agama yang diberikan
banyak mengubah jiwa Norizan.
“Ji..masa kau
belajar Madinah panas tak?”tanya Noriozan.
“panas bang……….”Ustaz
kamus menjawab.
“Abang dulu pun kena kerja kat Somalia,Rwanda……panas terik
betul………Malaysia juga best…”balas Norizan.
Norizan
membaiki penghawa dingin sebuah kereta
sambil mulutnya berceloteh….
“Bang..bang..telefon..”jerit
Aisyah ,isteri Ustaz Kamus.
“Ishhh…aku baru nak berborak,ada pula orang telefon..”keluh
Ustaz Kamus sambil mencebik ke arah isterinya.
Ustaz
Kamus lulusan Madinah namun tidak suka bekerja makan gaji..sejak 20 tahun
lampau,beliau
berniaga…Bila terluang ,Ustaz Kamus akan mengajar di surau Raudah.Ustaz Kamus teringat sindiran
Norizan.
Suatu petang Norizan menegur .
“Ji..kau ni ilmu banyak..pi la masjid,surau ..mengajar....jangan simpan ilmu dalam kepala..”
Ustaz Kamus
hanya tersengih.
“Bukan tak nak bang..tapi tiada tauliah..”balas Ustaz Kamus.
“ Ala kau ni alasan je..pi la ambik..ustaz rock nie…”kata
Norizan berjenaka…
“Tengoklah bang…kalau ada masa,saya pergilah ambil
tauliah..”balas Ustaz Kamus acuh tak acuh.
Beberapa bulan kemudian..
“Wah..aku dengar kau dah mengajar surau..”sapa Norizan.
“ya bang…..baru dapat tauliah..”balas Ustaz Kamus.
“ha..macam tu la ustaz rock………..rock-rock juga!jangan
lupa sebarkan ilmu….”Norizan mencebik…
Ustaz Kamus hanya ketawa kecil…
Ustaz
Kamus amat sibuk kebelakangan ini.Pelbagai jemputan dan projek bisnes
dijalankan di Melaka,Kuala Lumpur,Kelantan,Johor dan sebagainya.Berbulan-bulan
lamanya tidak menjengah temannya Norizan..
Suatu hari
Norizan menyapa temannya Ustaz Kamus.
“Lama tak nampak?”
“Sibuk bang..cari wang…..”balas Ustaz Kamus.
Norizan menyusun pelbagai
barang-barang elektrik seperti mesin basuh dan peti sejuk sambil dibantu dua
pekerjanya.Ustaz Kamus mahu membantu tapi dilarang Norizan…
“Kau ni ji………………tak payah tolong aku…”kata Norizan.
“tolong menolong kan dapat pahala…”balas Ustaz Kamus.
Norizan
menutup premis jam 7 malam dan terus
pulang ke rumah.Selepas mandi dan solat Maghrib,Norizan mengaji Quran .Selepas
mengaji makan malam bersama keluarga.
“Banyak abang makan
malam ni..”sapa isterinya Milah.
“Sedap….ikan masak lemak ni memang umppphhh…………”balas
Norizan sambil menguyah .
Selepas makan malam,Norizan
membantu isterinya membasuh pinggan mangkuk.Itulah rutinnya sejak berkahwin
hinggalah mempunyai anak 5 orang.
“Beruntung Milah dapat suami macam abang..rajin tolong
Milah..”kata isterinya.
“Siapa tak sayang bini ..”balas Norizan.
Selepas solat Subuh,Norizan keluar rumah menghantar anak bongsunya ke
sekolah rendah.Selepas itu Norizan membaca akhbar dalam kereta…kemudian membuka
premis.Pekerjanya belum lagi sampai.
“Panjang..kau tolong repair mesin basuh nie…tuan dia nak
cepat.Abang nak pergi Gemas..”ujar
Norizan kepada pekerjanya yang digelar
Panjang kerana amat tinggi.
“Baik boss…”balas Panjang.
Norizan memandu van diikuti seorang lagi pekerja yang digelar Black.Sampai sahaja rumah pelanggan,Norizan terus mengangkat peti
sejuk yang rosak ke atas van untuk
dibawa ke kedainya.
“Maak ai..beratnya..”keluh Black.
“Memang la berat..ni peti sejuk 3 pintu…”balas Norizan.
Black mengerut dahi sebab terlampau berat..
“Ini macam kalau hari-hari boleh patah pinggang boss…”Black
mengeluh.
“hahaa….kau ni muda-muda dah sakit pinggang ke?Abang ni dah
belas-belas tahun buat keje ni..”balas Norizan.
"Boss....tak boleh la boss...kipas dia tak boleh pusing.."ujar
Panjang bila taukenya muncul di kedai.
“Kau pusing je la pakai tangan kau.."gurau Norizan...
Panjang tergelak-gelak ...
Itulah
Norizan..seorang majikan yang suka bergurau senda dengan pekerja-pekerjanya.Tidak
pernah meninggi diri atau sombong.Pekerja dilayan seperti keluarga.
Norizan
membelek-belek buku Usahawan Kaya Wang Kaya Iman yang dihadiahkan Ustaz Kamus.
“Solat lima waktu dah buat..zakat dah bayar….tinggal haji je…Jika
aku tunaikan fardhu haji,dah cukup semua
rukun Islam aku buat…”Norizan mengeluh dalam hati.
Dibelek-belek
buku tersebut satu persatu….Semakin lama semakin syok membaca buku.Fikirannat terimbau kata-kata Ustaz Kamus.
“Bang……..gas aircond ,peti sejuk ni bahaya..pakai la penutup muka..”kata Ustaz Kamus.
“Ala…panaslah ji………………….”jawab Norizan.
“kalau nak mati,mati juga…”sambung Norizan.
Ustaz Kamus hanya diam….
Pada satu petang………………….
“Apa la kau ni Ji…benda kecik pun nak
besar-besarkan..”ujar Norizan.
“Benda kecik?saya kena tuduh tampar anak orang sampai naik
Mahkamah..abang kata benda kecik?”Ustaz Kamus
meninggikan suara..
“Kalau abang kena tuduh ,bagaimana?”bentak lagi Ustaz
Kamus.Norizan hanya berdiam diri melihat
temannya naik angin…
Norizan tidak mahu memanjangkan perbualan dan
terus melakukan kerja rutinnya.
Selepas itu Ustaz Kamus
menjauhkan diri dari Norizan.Dia amat kecewa…Berbulan-bulan lamanya Ustaz
Kamus tidak menemui Norizan…Kesibukan
tugas di Melaka dan lain-lain tempat menyebabkan mereka tidak bertemu…
“Abang….napa
tak bertegur sapa dengan Bang Norizan?”tanya isteri Ustaz Kamus
satu petang.Ustaz Kamus tidak
menjawab..hanya matanya bergenang….
“Biarlah manusia nak cakap apa pun cakaplah..yang penting
Allah sayang abang..”balas Ustaz Kamus sambil mematikan perbualan.
“Datok..saya
memang nak saman cikgu-cikgu hawau…saya sanggup buang 30 ribu bayar peguam pun tidak mengapa..”Ujar
Ustaz Kamus sambil membeliakkan biji
mata…..
“Sabar Haji
…..Fauzi..kau tolong tengok-tengokkan
Haji Saat ni..”ujar Datok Ahmad Maslan di pejabatnya.Setiausaha Sulitnya
Fauzi ,hanya diam mendengar.
“Haji….kalau Haji saman sekolah,saman guru,saman
Kementerian..ia akan menjadi isu
besar dan mendapat publisiti meluas….sabar
la Haji….Berdamailah…”pujuk Datok.
Ustaz Kamus amat
marah….
“Kamu pergilah jumpa Shamsuri..dia pegawai Menteri
Pendidikan….”pujuk Datok Ahmad.
Datok Ahmad pun
menyuruh pemandunya menghantar Ustaz Kamus ke Kementerian
Pendidikan.
“saya doakan semua selesai dengan baik………”sms dari Datok
Ahmad ketika Ustaz Kamus berada di
pejabat Kementerian Pendidikan.
“Saya akan tarik semua
repot polis dan tidak akan saman..tapi saya tidak maafkan semua yang terlibat
sampai kiamat!Biar semua yang terlibat
masuk Neraka Jahanam!!!”bentak Ustaz
Kamus.Pegawai Kementerian terkejut dengan bentakan Ustaz Kamus.
Ustaz Kamus
pulang ke rumah bersama isteri dan anak-anaknya…Air matanya merembes…Fikirannya
menerawang …
“Terima kasih Tuan Haji…”ujar Cikgu Rahmah
“Sama-sama….”balas Ustaz Kamus.
Ustaz Kamus
adalah dermawan.Dihadiahkan buku-buku kepada perpustakaan sekolah ,disumbangkan
pakaian kepada anak-anak yatim dan
miskin .Namun…
“Celaka punya cikgu…rupa-rupanya dia master plan memalukan
aku…..buat fitnah bukan-bukan..”jerit Ustaz Kamus di depan rumahnya…
“Sabar bang….sabar..mereka yang jahat nanti pasti masuk
Neraka..dunia kita kalah,akhirat kita menang!”pujuk isterinya..
Dua bulan kemudian..
“Bang…..tolong hantar saya ke Mahkamah..”sapa Ustaz Kamus.
“Boleh..jom..”balas Norizan.Norizan terus memecut kereta
Perdana miliknya.
Ustaz Kamus menghulurkan RM20 kepada Norizan…
“Eh..banyak nie….”kata Norizan.
“Sedekah la bang…terima kasih bang…”balas Ustaz Kamus.Norizan
memandu pulang ke premis.
“Kamu
dibebaskan tapi tidak dilepaskan..”ujar pegawai Mahkamah.
Ustaz Kamus pun menghubungi peguamnya ….
“Jika Mahkamah tidak
membatalkan kes,saya akan saman….u cari 10 orang peguam!berapa pun saya
akan bayar!!”bentak
Ustaz Kamus dalam telefon bimbit.
Ustaz Kamus melangkah keluar dari mahkamah dengan hati yang amat panas…
“Apa cerita Ji ..?”tanya Norizan
“belum selesai…………….!!”jawab Ustaz Kamus.Norizan lihat mata temannya berkaca….
Norizan terus
membuat kerja-kerja membaiki peralatan elektrik
sambil dilihat temannya Ustaz
Kamus yang menyandar di kerusi malas sambil menarik nafas panjang…
“Bang..boleh ajar saya tak baiki barang elektrik ?”tanya Ustaz Kamus.
“Apa la kau ni ji..kalau kau pun tahu repair ,aku nak cari
makan apa?” balas Norizan sambil ketawa…
Mereka berdua ketawa…
2 Jun 2013
“Bang..tolong cepat sikit baiki peti sejuk…hari-hari beli
air kat kedai..sekarang panas..”ujar Ustaz Kamus .
“Ok la ji..nanti abang buat cepat…rosak sikit je ,bocor..”balas
Norizan.
“Bang,nanti
ada masa abang datang repair kipas kat rumah saya bang..”kata Ustaz Kamus.
“ok la..nanti abang
suruh budak pi tengokkan..”balas Norizan.
3 Jun 2013
“Yang..ni resit-resit orang hutang kita….”ujar Norizan kepada isterinya.
“Simpan baik-baik ..jangan hilangkan…”sambung Norizan.
Norizan tidur lena
di sebelah isteri kesayangan…..Norizan tidur dan tidak bangun-bangun.....
Keesokannya …
“Bang……bang..bangun bang!”isteri Ustaz Kamus mengejutkan
suaminya.
“Ish..abang baru tidur lepas
Subuh tadi……”balas Ustaz Kamus.
“Bang Norizan meninggal malam tadi…….”kata isterinya.
“Hah?kau biar betul..Sabtu lepas abang jumpa dia sihat
je…”jawab Ustaz Kamus sambil menggosok mata dan menguap…
Ustaz Kamus terus bangkit dan mandi….apabila tiba di
pintu perkuburan,badannya menggigil…
air matanya bergenang….dia tidak mampu
masuk ke kawasan perkuburan…
“Abang…..maafkan
aku….aku tidak mampu untuk melihat
wajahmu buat kali terakhir…”Ustaz
Kamus menggosok matanya yang merah dan meninggalkan tanah perkuburan…
Kamus menggosok matanya yang merah dan meninggalkan tanah perkuburan…
~~ TAMAT ~~
al-Fatihah buat Sarizan
CERPEN INI ADALAH
ADAPTASI DARI DIARI-DIARI SAAT SULAIMAN
HAKCIPTA TERPELIHARA @2013-2099 SS DOT COM