CERPEN : Maafkan aku ….
2004
Inspektor Sabu melihat jam tangannya..
“Aduss..dah 8 jam ni…….”
Isteri kesayangan masih di wad
bersalin Hospital Kuala Pilah.Fikirannya gusar dan mulutnya
kumat kamit membaca doa tanpa henti.
kumat kamit membaca doa tanpa henti.
“Ya Allah Ya Rahman..permudahkan
isteriku bersalin ..dan selamatkanlah isteri dan bayi sulongku …”
Sabu kemudian membaca surah
Yaasin di bangku menunggu di luar wad bersalin……………
tit tot tit tot…..tiba-tiba
bunyi telefon bimbitnya berbunyi………..
1989
“Tak nak lah jadi polis! Polis
rasuah!”.Balas Sabu ketika dipujuk ibunya.
“Bukan semua rasuah!”balas
Ayahnya Mohamad yang sedang berkepul asap rokok daun sambil menggeleng-geleng kepala.
“Ayah pun bekas askar..takkan
Adik tak boleh?”balas Sabu menjeling.
“Abang kau dah jadi doktor,kakak
kau dah jadi cikgu..adik jadi la polis…”Ayahnya memujuk.Batuk-batuk kecil menghisap rokok daun .
Sabu kebingungan.Cita-citanya adalah
menjadi askar kerana sering terpaku dengan kehebatan Leftenan Adnan.Baginya
askar lebih patriotik dan mencabar.
Perasaan terpaksa Sabu mengisi borang
jawatan polis dalam PDRM disamping
hatinya berdoa agar tidak berjaya.
Tiga bulan kemudian
“Pet pet……………………” bunyi hon motor posmen di
depan rumah.
“Sign sini …”kata posmen.
“Sabu……………….kau berjaya!”jerit
ibu Mat Sabu,Mak Jah .
Sabu yang baru bangun tidur terpinga-pinga
mendengar jeritan ibunya….
1983
“Lesen…………….”ujar polis dalam
satu sekatan jalan raya.
“Lesen?saya baru tingkatan
satu..mana ada lesen”jawab Sabu angkuh.
“Dah tahu takda lesen..kenapa
tunggang motosikal?”tanya pegawai polis
“Takkan nak naik kuda
datok….”balas Sabu selamba.
“Loyar buruk betul………..nasib
baik kau anak Imam Mohamad aku kenal….lepas ni aku jumpa lagi,pasti aku
saman!”balas pegawai polis.
Sabu broom motornya meninggalkan
pegawai polis dengan ketawa berdekah-dekah…
“Hawau punya budak..aku tak
saman..takde nak ucapkan terima kasih…”keluh pegawai polis dalam
hatinya.Rakannya hanya tersenyum.
1990
“Kita semua adalah penguatkuasa undang-undang..jangan sesekali menyalahgunakan
kuasa.Ingat Tuhan.Ingat agama.Jalankan tanggungjawab dengan
bersih,cekap,amanah…Jagalah nama jabatan kita ”
Inspektor
Ramlan berucap di majlis yang penting di dewan Pulapol.Sabu yang
buat-buat tidur berkhayal mengenai
kekasih di kampung.
Tiga tahun di Pulapol amat
menyeksakan.Bangun seawal 5
pagi.Terpaksa ‘jogging’ sejauh 5 kilometer sehari….
“Peewit………………..”siul Sabu
terhadap Inspektor Ramlah.
“Aik..nak kena denda lagi
ke?”balas Inspektor Ramlah sambil tersenyum.
“Tak nak..saja-saja je…..pergi
mana Inspektor?”tanya Sabu.
“Pergi mana lagi…nak lunch
dengan boyfriend la….kasihan Sabu takde awek lagi….”balas Inspektor Ramlah sambil menjelirkan lidah.
1991
Imam
Mohamad dan Mak Jah tersenyum melihat gambar
anak lelaki bongsunya, Sabu yang menerima watikah perlantikan sebagai konstabel.
“Segak anak kita bang…..”ujar
Mak Jah
“Anak bapak………….”balas suaminya.
Sabu dihantar ke Balai Polis Kundasang Sabah di mana terpaksa
berjauhan dari ibu bapa yang tinggal di
Felda Jengka Pahang .
Salju pagi menusuk tulang.Cuaca yang amat
sejuk dirasakan pabila bangun pagi.Melihat mentari pagi yang senyum ketika
terbit amat menyenangkan.Udara bersih di kawasan yang masih belum membangun
sehebat Cameron Highlands…
“Sabu!pasal lambat?”tanya Sarjan Ramli.
“Sarjan..malam tadi mimpi
panjang……”balas Sabu tersengih.
“Dah solat Subuh belum?”tanya
Sarjan Ramli.
“Dah…Subuh Gajah Sarjan….letak
jam 5 pagi,tersedar 6.30 pagi….”balas Sabu .
“Hahaha..kau ingat Semenanjung
ke?kat Semenanjung 6.30 pagi Subuh masih ada…sini mentari dah mencanak
naik….”Sarjan Ramli meneruskan perbualan.
Kundasang amat cantik.Selama ini hanya
didengar cerita orang dan ditonton dalam TV.Kini menjadi anak
Kundasang.Penduduknya amat ramah walaupun pelbagai bangsa dan suku kaum.
Insya-Allah to be continued……………