ISTANA KITA
“Bang…bang …………………….,”kejut Ummi ,nama timangan manja Nurainah.
Tiada reaksi.
Ummi membiarkan suaminya ,lantas ke dapur menyiapkan
sarapan.
Melihat jam semakin pantas berlalu.
“Abang!Abang!,”Ummi berteriak dari dapur.
Tiada jawapan.
“Hah?Bila abang bangun?,”tanya Ummi.
Suaminya hanya
mendiamkan diri.Bunyi jemari mengira tasbih tanpa jawapan.
“Ummi …Ummmi bercakap dengan siapa?,” tanya anak
bongsunya Safinah yang baru bangun tidur.
Mata Ummi bergenang …………….tidak dijawab soalan anaknya
yang berusia 5 tahun.
Matanya dikesat,Safinah dipeluk dan dicium.
………………………………………………………………………………………….
“Rehatlah abang …..”pujuk Ummi melihat suaminya
berpeluh-peluh.
“Dah nak siap ni……….,”balas suaminya ,Halim .
Halim turun dari tangga mengesat peluhnya membasahi
muka.Agak pucat kebelakangan ini.
“Tak lama lagi siaplah istana kita…..,”balas Halim sambil
meneguk air sejuk yang disediakan isterinya.
Isterinya Nurainah hanya mengangguk sambil tersenyum.
Halim melihat tiang rumah yang tegak berdiri.Tiga batang
tiang berjaya ditegakkan hari ini.
Berbaki lagi lapan batang tiang.
…………………………………………………………………………………………………………
Halim melihat kelibat seorang gadis di pejabat pos.
Mahu ditegurnya tapi malu.Seakan pernah ditemui gadis
itu.
Tapi di mana?
Setelah nombor dipanggil,Halim bingkas ke kaunter bayaran dan membayar
bil-bil .Apabila Halim keluar dari pejabat pos,dia melihat gadis itu sedang membetulkan tudungnya dalam
kereta.
“Assalamualikum…..”sapa Halim.
“Waalaikumsalam……”jawab gadis itu.
“Awak ni Nurainah bte Mohd kan?Ayah awak bawa teksi
”tanya Halim.
“Ya …awak ni siapa?’balasnya.
“Saya Halim …kat sekolah dulu digelar Milah…ala budak
sekolah paling nakal dan bodoh dalam kelas”.
Ujar Halim jujur.
Nurainah cuba mengingat.Fikirannya menerawang.Enjin
kereta dipadamkan.
…………………………………………………………………………………………………..
“Cikgu…Milah ambil raba saya!”,adu Nurainah.
“Siapa?”,jawab Ckgu Ismail.
“Milah………….Milah………………………..”,balas Nurainah.
Cikgu Ismail menggaru kepala.Siapa pula Milah ?Tiada
murid dalam kelas bernama sedemikian.
“Maaf cikgu….Halim tu ..”,jarinya menunjukkan Halim .
“Laa……….kenapa pula kamu panggil dia Milah?”.tanya Cikgu
Ismail.
Norainah menggaru kepalanya .
Halim adalah seorang murid yang paling nakal di Sekolah
Kebangsaan Bukit Beringin .Dia digelar Milah kerana suka berkawan dengan murid perempuan dan suka
meniru suara kawan perempuan.
Halim juga murid yang tercorot dalam kelas.
“Halim!pulangkan raba Nurainah..”,perintah Cikgu Ismail.
Halim menggigit pemadam terputus dua dan memberikan
separuh kepada Norainah.
“Kau ni teruk la Milah!”,jerit Norainah memarahi Halim.
Cikgu Ismail hanya menggeleng kepala.
Begitulah Halim,murid yang nakal dan suka menyusahkan
kawan-kawan dalam kelas.
“Milah..kenapa kau ni nakal sangat?”tanya Nurainah sambil
menjelirkan lidah.
“Bapa borek anak rintik………”balas Halim membalas jeliran
lidah.
Norainah masuk ke dalam teksi ayahnya dan Halim berjalan
kaki pulang ke rumah sambil bernyanyi.
“Aku ada kawan,namanya Nurainah..aku suka kacau dia sebab
aku suka kat dia…”
Kelibat teksi semakin menjauh…………………
…………………………………………………………………………………………..
“Ummi …abang nak berhenti sekolah ….”pinta Halim membahasakan diri abang.
“Jangan…..SPM dua tahun lagi ..”balas ibunya merenung anaknya.
“Tapi ….abang sekolah bodoh….sekolah lama-lama pun tiada
guna.Baik abang kerja,dapat juga duit.”
Jawab Halim memuncungkan mulutnya.
Setelah kematian ayahnya ,Halim tinggal bersama ibunya
sejak usianya 5 tahun.Ibulah seorang ibu dan juga seorang ayah.
Setelah kematian suaminya,ibunya Raedah
tidak berkahwin dan membesarkan anak
tunggal bernama Halim.
Raedah bangun seawal
4 pagi menyiapkan kuih-muih,nasi lemak,bihun dan menjualnya di depan
rumah sejak kematian suami.Arwah suaminya ,Kapten Azman
meninggal dunia ketika operasi sulit di
Bosnia.
Setelah kematian suami,itulah sumber rezekinya selain
wang tambahan pencen arwah suaminya.
“Ummi dah simpan
duit untuk abang belajar Universiti….”terang ibunya.
“Belajau bodoh,takkan boleh sampai U?.”balas Halim.
Halim mendongak melihat bintang di langit……………………..
…………………………………………………………………………………………………
“Keputusan terbaik tahun ni …Abdul Halim bin Kapten
Azman,15 A1.”umum Pengetua SMK Bukit Indah Ampang Kuala Lumpur.
Semua pelajar mendongak .
Seakan tidak
percaya.
Halim yang seakan terjaga dari tidur melangkah kaki ke
depan pentas untuk mengambil plak dan sijil penghargaan dari sekolah.
Ibunya Raedah
tidak putus air mata kegembiraan.
…………………………………………………………………………………………
“Awak…awak ni Milah Ludba?,” tanya Nurainah seakan tidak
percaya.
“Ya..nak tengok IC ke ?,”jawab Halim membetulkan
rambutnya yang panjang .
Abdul Halim rakan sekelas yang dahulunya suka berkawan
dengan perempuan,suka bersolek,kini berambut panjang,memakai topi yang dipusing dan cermin
mata gelap.
Pertemuan mereka di pejabat pos disusuli adegan perkenalan semula setelah 15
tahun terpisah.
“U kerja apa Ain?.”tanya Halim.
“Kerja bank,akauntan…..”balas Ain .
“Ooooo…..belajau pandai kan ..mesti kerja best….”keluh
Halim.
“Kau kerja apa?”balas Ain.
“Kerja kampung je …sekolah bodoh katakan …..”Halim
menduga.
“Tak kisahlah..janji kerja halal….”pujuk Ain.
Setelah tamat sekolah rendah di Melaka,Abdul Halim berpindah ke Kuala Lumpur bersama
ibunya.
Sejak itu hubungan Halim dan Nurainah terputus.
Nurainah tidak pernah mengetahui Halim pelajar terbaik
SPM di sekolahnya dan menyambung pelajaran
di United Kingdom dalam bidang perubatan.
“Awak dah kahwin?”tanya Halim.
“Dah kahwin ………….nikah je belum “,balas Ain .
Tersembur air dari mulut Halim mendengar jawapan Ain.
“Huhu………..saja je gurau.Belum kahwin,belum nikah,belum
ada calon……….”Ain menyambung bicara.
“Takkan gadis secantik ini belum ada calon..”Halim
menduga.
Nurainah hanya senyum tawar.
“Ok..nak masuk kerja ni…dah habis waktu lunch.”pinta Ain
.
Kereta Ain berlalu pergi dan Halim menghidupkan
motosikalnya.
……………………………………………………………………………………………………..
London UK
Halim melihat jam tangan.
“Ummi…………..Ummi sihat?”tanya Halim.
“Sihat abang…………study ok tak?”,balas ibunya.
“Ok Ummi.So far so good.”
……………………………………………………………………………………………….
“Tuan/Puan/Datok/Datin/
jemputan perkahwinan Nurainah bte Mohd dan Mohd Faisal bin Ghaffar
beralamat di No 111,Villa Angkasa ,KL bertarikh 1.1.2017”.
Halim menggaru matanya.
Betul ke ni ?
“Ain..kad kahwin betul ke ni ?”tanya Halim melalui
whatsapp.
Tiada jawapan.
Halim melihat jam tangan.12 tengah malam.
“Baru jumpa bulan lepas di pejabat pos ,dapat jemputan
kahwin pulak……,”bisik Halim mengeluh.
…………………………………………………………………………………………….
Insya Allah bersambung ………….
Cerpen ini tiada kena mengena dengan yang masih
hidup,telah mati,akan mati atau yang akan dilahirkan.
No comments:
Post a Comment