Tuesday, December 20, 2016

CERPEN : LU LANGSI LU MATI!!!!

Ah Chong melihat bilik tanpa tingkap.



“Baru malam kelmarin aku melayan  FB,Forum Haramjadah ,menghisap vape dan makan
keropok…”,keluhnya dalam hati.


“Sarjan..rokok sebatang boleh?”pinta Ah Chong .


“Boleh..RM1000 sebatang!.”balas Sarjan  Ah Hong sambil menyedut rakus rokoknya
Ah Chong tersipu malu.


Malam ini dia tak mampu lelapkan mata.Merindu asap vape.Merindui dunia internet.


Berseluar pendek tanpa baju .Hujan lebat turun membasahi bumi.

…………………………………………………………………………………………………………..



“Tuhan..tolonglah aku…”,Muthu menjerit memecah kesunyian.Air matanya berlinangan.


Sepi.Tiada yang peduli dalam hutan yang lebat.


“Mana ada Tuhan……….kalau ada Tuhan,lu panggil dia sekarang!”,jerit Ah Chong sambil pisau diletakkan di leher Muthu.


“Tolonglah CCChong……jangan bunuh aku….aku janji takkan buat lagi….!”,pinta Muthu dengan tangisan.


Tanpa belas kasihan,dengan teriakan Muthu dan tangisan,Ah Chong menyembelih Muthu hingga tidak bernyawa.Mayat Muthu dimasukkan dalam guni dan ditanam dalam hutan .Pisau juga ditanam.


Ah Chong berpeluh-peluh menanam mayat Muthu.Semua pakaian yang dipakai juga
ditanam bersama mayat Muthu yang sudah tidak bernyawa.


Badannya menggigil.


“Mampus kau Muthu…lu langsi lu mati!”,katanya sambil mengorak keluar hutan seorang diri berseluar dalam.



………………………………………………………………………………………………………….


“Kau besar nak jadi apa?”,soal Ah Chong.

“Jadi polis laaa..boleh tembak-tembak…”jawab Muthu sambil tergelak.

“Baguslah….aku nanti  nak jadi perompak,kau jadi polis,nanti tangkap aku..”,balas Ah Chong sambil terbahak ketawa.

Ah Chong dan Muthu terus berjalan mencari buah pokok getah kahwin di kebun Ah Soon.

Selepas mencari buah getah kahwin,mereka mencari pula buah koko .

“Sedap betul koko ni…”,tegur Ah Chong melahap buah koko yang masak.

“Benda free,semua sedap la……..”,balas Muthu sambil menguyah.

Tiba-tiba........

‘Wei pencuri………………………”,jerit Ah Soon pemilik kebun.

Ah Chong dan Muthu bertempiaran lari meninggalkan buah koko yang telah dipetik.

“Celaka punya budak-budak!”,keluh Ah Soon setelah kelibat Ah Chong dan Muthu hilang ditelan waktu senja yang semakin gelap.




………………………………………………………………………………………………………



Insya Allah bersambung ………….


Cerpen ini tiada kena mengena dengan yang masih hidup,telah mati,akan mati atau yang akan dilahirkan.

Writing : 19 December 2016
Finish : ???


No comments:

Post a Comment