Tuesday, January 3, 2017

CERPEN : 10 SEN

                                      1994-CENTRAL MARKET KL 



"Dik..ada 10 sen?",ujar seorang lelaki poyo di Central Market KL .

Rambutnya panjang menggerbang dan menyedut asap rokok sedalamnya. .

Alwie menyeluk saku dan keluarkan wang syiling 10 sen .

"Nah............",kata Alwie.

"Terima kasih dik...abang kurang 10 sen nak bayar tambang bas..",kata lelaki tersebut .

Awie bersandar menunggu-nunggu bas ke Ampang.



                                    2004 : KAMPUNG GELAM MELAKA 


Husna menyusukan anak lelakinya berusia 3 bulan di atas sofa.

Suaminya Jamal tiba-tiba menendang mukanya hingga jatuh bayi ke atas lantai.

"Dah 10 tahun kita kahwin,hari-hari abang pukul saya!3 bulan pertama sahaja MANIS .....",bentak Husna dengan teresak-esak .

"Masa nakkan saya,mulut manis .......",sambung Husna

"Panggggg.............panggggg........................"kedengaran tamparan semakin kuat .





1987 :SMK GHAFFAR BABA MASJID TANAH MELAKA 



"Kau ni betul ke nak pindah sekolah KL",tanya Husna

"Betul..............lepas ayah meninggal,mak nak cari rezeki di KL",balas Alwie.

"Bila la kita dapat jumpa lagi?",Husna menyambung pertanyaan.

"Entahlah..............",jawab Alwie.

"Jangan lupa tau hantar surat",pinta Husna.

1999 : ATLANTIK 


"Tarik kuat sikit!",perintah Aznan.

"Aku puasa la hawau!",balas Alwie.


1992 : MEKAH SAUDI ARABIA 



"Arwah ayah aku sampai sini tahun 1984.....",bisik Alwie .

Alwie sujud syukur setelah kali pertama melihat Kaabah.


1986-SK Masjid Tanah MELAKA 



"Enjit enjit semut ..siapa sakit naik atas..........."

"Rasa sayang he..rasa sayang sayang he............"

"Budak-budak lukis  batik,Main lukis di atas batu,
siapa kata Husna tak cantik,mak aku nak jadikan dia menantu".


Alwie menyanyi dan Husna menjelirkan lidah.

Hari terakhir di Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah amat sendu.

Sekolah rendah akan ditinggalkan dan menuju alam menengah ...............................

1998 - PEKAN MASJID TANAH 



Alwie melihat rumah kayu yang usang .............

"Inilah rumah Husna..tak berubah...",kata Alwie dalam hati.

"Assalamualaikum ......................",Alwie memberi salam.

"Waalaikumsalam.....................",balas seorang lelaki dari dalam rumah.

"Maaf ..nak tanya ,ni rumah Husna binti  Mukhtar?",tanya Alwie sambil meninjau-ninjau.

"Husna?Dia dah lama pindah ....dengau dah berkahwin dengan orang kampung Gelam",ujar lelaki tersebut.

Mata Alwie mula berkaca.

Tanpa mengucapkan terima kasih,Alwie menderum motosikalnya pulang ke KL.


Fikirannya menerawang.Perjalanan ke KL dirasakan amat jauh ......




2010 : SEATTLE,USA 

Alwie melihat bangunan pencakar langit tegak berdiri.Setelah penat merayau kota berjam-jam,Alwie berehat di kerusi malas berdepan Hotel MAX  sambil menghirup air Coke.

"Can u help me?',seorang wanita mengejutkan Alwie yang sedang membelek telefon bimbitnya.

"What?',balas Alwie.

Alwie tiba-tiba terperanjat melihat sebatang tubuh di depannya.

Cengkung.Kurus.Bercermin mata gelap.





INSYA -ALLAH BERSAMBUNG ..


CERPEN INI TIADA KAITAN DENGAN YANG MASIH HIDUP,AKAN MATI,AKAN LAHIR MAHU PUN TELAH LAMA MENINGGAL DUNIA...SEKIRANYA ADA PERSAMAAN  JALAN CERITA ,NAMA,WATAK,LOKASI DAN SEBAGAINYA,IANYA HANYA KEBETULAN .
HARAP MAKLUM 

WRITING : 12.00  A.M  4 JANUARY 2017 

FINISH : ????????????????????????????






















No comments:

Post a Comment