Sunday, January 1, 2017

CERPEN : PODEH.....PODEH






                                                MEDINA,SAUDI ARABIA 

1992 

"Mana hang dapat cili?",tanya Ahmad

"Tanam la belakang  asrama........",balas Zul.

"Bagi la aku sebiji....",pinta Ahmad.

"Nah...aku bagi sebiji...............",Zul mencebik sambil menghulurkan cili.

"Podeh................aku suko podeh!",balas Ahmad sambil menguyah cili ....

Zul Hairi melihat rakan satu universiti lahap makan.

"Wei..slow-slow sikitlah makan tu.........",tegur Zul.

"Esok aku nak dua biji!",pinta Ahmad .

Zul hanya senyum sinis.



                                    1982 SKBB MASJID TANAH MELAKA 

"Ahmad bin Albab!",jerit guru kelas,Cikgu Azizah.

"Tak sekolah..tangan patah..",jawab Mahathir.

"Tangan patah?",Cikgu Azizah kehairanan.

"Cikgu Ismail hantar ke hospital kelmarin...mungkin dia cuti 6 bulan Cikgu!",jelas Mahathir .

Cikgu Azizah meneruskan pengajaran bahasa Inggeris.






                                      2016 TAMPINES SINGAPORE 






Ahmad melihat pokok cili yang semakin subur di belakang rumahnya.

"Cili sekilo SG10..baik aku tanam sendiri belakang rumah",keluhnya mengingatkan harga 

barang semakin mahal sejak Perdana Menteri bernama NI HAU MA  menjadi 

bahan lawak dalam FB dan blog.

"Cili mahal ,jangan beli..beli kangkung",kata seorang menteri  HaramJadah ,menteri Pertanian dan Timbang Kilo .


Tiba-tiba mata Ahmad berkaca.

Terimbau kenangan 24 tahun tahun lampau .................



......................................................................................................


                                    1987  SMHK MASJID TANAH MELAKA 

"Ros...kau besau nak jadi apa?",tanya Ahmad melihat rakan sekelas yang kerinting  rambutnya .

"Aku  nak jadi arkiterk.... kau pula?",balas Rosna .

"Engineer la.....aku kagum sangat dengan Albert Einstein .Murid yang dipanggil bodoh oleh guru Math ,akhirnya berjaya dapat Nobel Prize",balas Ahmad .

"Albert Einstein?sape tu?",tanya Rosna sambil membetulkan rambutnya.

Ahmad tersedak.

"Ada juga pelajar sekolah menengah tak kenal Albert Einstein ..",kata Ahmad dalam hati .

Ahmad makan dengan lahap sekali.

Terasa nasi lemak makcik kantin sedap sekali berlaukkan cili padi.

"Mad..akui belanja kau hari ni sebab ajau aku Math",balas Ros melihat Ahmad makan dengan berselera sekali .










1995  MELAKA 



"Aku terima nikahnya Rosna bte Rahim dengan maskahwin RM99 tunai..........."

Mata Ahmad berkaca mendengar berita pernikahan.

Kekasih pertama kini telah sah menjadi isteri orang lain.

Ahmad tersedar dari memori pahit dikejutkan pertanyaan pelajarnya.

"Cikgu.....kenapa Cikgu menangis?',soal seorang pelajar ,Rosna bte Abdullah .

Ahmad menggosok matanya .

"Bila saya lihat wajah kamu,saya teringat arwah nenek saya sebab nama dia sama dengan kamu",balas Ahmad menyembunyikan kesedihan .

"Semua buka buku Sejarah",jerit Ahmad .

Namun air mata Ahmad terus mengalir tanpa henti.

Ahmad terus berlari keluar sekolah dan meninggalkan pelajar sekolah terpinga-pinga.

"Kenapa pula Cikgu Ahmad Albab hari ni..Lain macam je",kata Rosna,pelajar paling cemerlang dalam kelas dalam benaknya.

2037

London ,United Kingdom 



"Salam Ayah..kawan baik ayah,Zul K UIM   di hospital.Hospital Mekah .SAFA "

SMS dari anak kesayangan Ahmad,SAFA.

Ahmad tersentak mendapat SMS.

Mesyuarat di kota London dihentikan.

"Flight to Jeddah immediately!",perintah Ahmad kepada pembantu peribadinya,Hajjah Rosna yang juga isteri keempat Ahmad.

Penerbangan ke kota Jeddah dirasakan amat jauh.

"Wahai Tuhan...sampaikanlah aku ke kota Mekah untuk menziarahi sahabat baik yang kini koma di Mekah..",Ahmad berdoa sepanjang perjalanan.

Ahmad memegang erat tangan Rosna sambil mengalirkan air mata.




1 Januari 2020 





"Mana kau ghaib Mad?',tanya Rosna melihat bekas kekasih zaman cinta monyet di restoran PNB Park KL  .

"Aku busy la....lepas habis tiga Universiti ,aku sambung belajau  lagi di Australia dalam bidang perfileman dan iklan",jelas Ahmad merenung mata Rosna.

Kali terakhir mereka bertemu pada 2015 .

"Suami aku kena penjara seumur hidup',Rosna memulakan cerita.

"Ni surat cerai taklik.."sambung Rosna .

Ahmad melihat cincin di jari bekas kekasihnya .

"Kau simpan lagi cincin besi aku hadiahkan dulu ..."balas Ahmad sambil ketawa.

Rosna menitiskan air mata melihat Ahmad yang semakin kurus .

Tidak berubah .Masih seperti dulu ketika sama-sama menggalas beg ke sekolah menengah.

Ahmad mengeluarkan cincin emas 

"Aku merayu......jadilah isteri aku sebelum aku masuk kubur",Ahmad melihat KLCC yang semakin kelam ditutupi pelbagai bangunan lain.

"Datok..datang sekarang ke PNB Park,aku nak nikah ",SMS Ahmad kepada Mufti Wilayah Persekutuan Datok Dr Zulhamdi  Al -Fakri.

Akhirnya cinta monyet kini menjadi kenyataan setelah Ahmad dan Rosna disatukan sebagai suami isteri.

"Tahniah Ahmad ....",ucap Datok Zul setelah menikahkan Ahmad .

1988 



"Ros...aku kena pindah sekolah",jelas Ahmad.

"Sekolah arab,Maahad",sambungnya lagi sambil menggengam tangan kekasihnya Rosna.

Mata Rosna berkaca.

"Kalau kau pindah,siapa lagi yang nak ajau aku Math..",Rosnah menangis teresak-esak.

Ketika mereka berdua menangis ,semua mata pelajar memandnag mereka.

Bunyi loceng menamatkan waktu rehat dan mereka berdua berpimpingan tangan masuk kelas.

"Romeo Juliet sudah sampai....',jerit pelajar kelas .

Rosna terus menangis tanpa henti di atas bangku .

Ahmad memasukkan cincin besi ke dalam beg sandang Rosna.

Ahmad terus berlari keluar sekolah tanpa bicara.

Rosna melihat daun setawar dalam buku Math 




1977

"Ahmad ..inilah pokok cili  yang ditanam arwah ibu kamu .Masih segar dan subur",kata Mak  Jah kepada cucunya,Ahmad.

Ahmad yang berusia tiga  tahun hanya mengangguk seakan faham.

Ahmad mendakap erat baju kurung arwah ibu sambil menitiskan air mata .

"Mak..kenapa awal sangat mak pergi tinggalkan adik..",keluh Ahmad melihat pokok cili dan menyiramnya .

Sejak kematian ibu kandungnya,Ahmad ke mana-mana membawa baju kurung kesukaan ibunya.Baju kurung seakan bantal busuk yang tak boleh dipisahkan.


"Ibu kamu jahit sendiri baju ni......",terang Mak Jah mengingatkan Ahmad yang masih tidak mengerti.

Baju kurung kain kasa di bawa ke mana sahaja sehinggalah dewasa.

1979

    




"Adik..ini rumah baru kita",jelas  Pak Man yang dipanggil Ayah.

Ahmad melompat girang setelah perjalanan jauh dari Kelantan ke Melaka .

"Yaho...........................................Adik dapat rumah baru!",Ahmad melihat sekeliling rumah dan membantu ibu bapa membersihkan rumah.


Azan  Maghrib masjid  kampung Londang bergema dan Pak Man bergegas mandi dan membonceng Ahmad ke masjid.

"Ayah..kenapa kita kena pergi masjid?',tanya Ahmad.

"Jika kita selalu pergi masjid,Tuhan sayang kita",balas Pak Man melihat wajah cucunya yang seakan tidak mengerti .

Ahmad yang baru berusia 6 tahun hanya mengikut jemaah masjid bersolat walaupun tidak tahu apa yang dibaca mereka.

1994 MEDINA SAUDI ARABIA 



"Prof...........saya nak berhenti....",Ahmad memulakan bicara.

Prof Abdul Ghani melihat wajah Ahmad .

"U best student ...why want to leave?",tanya Prof Ghani .

Ahmad mengeluarkan sehelai kertas dan melakar .

"This is not my ambition.Hope u understand me Prof",balas Ahmad sambil berdiri dan keluar dari bilik Dekan .

Prof Ghani melihat lakaran kertas.

Sebuah kereta yang mempunyai payung terjun.

Mata Prof Ghani berkaca.

"Sepatutnya Ahmad belajar di Universiti Harvard...bukan sini ",keluh Prof Ghani .



 







28 September 2047 -SINGAPORE 

"Ahmad ......Ahmad.............................."panggil Zulhairi .

Ahmad tidak menjawab.

Mesin denyutan jantung semakin perlahan.

Yuhana,Aisyah,Suzaini  dan Rosna menangis melihat  suami kesayangan mereka  terbaring kaku dan  hanya dibantu alat pernafasan  dan oksigen.


Zulhairi menggengam cili dan matanya mula merembes.

"Ahmad...Ahmad..jawablah...aku bawa cili kesukaan kau..Hari ni kan ulang tahun kau ",panggil Ahmad bertali-tali .

Mata Ahmad berkelip-kelip dan air matanya menitis.

Seakan memahami suara sahabat baiknya memanggilnya.

"All please waiting outside...operation  will be begin"pinta Dr Wong,doktor peribadi Ahmad .

Ahmad ditolak ke bilik pembedahan.


Zulhairi ke surau hospital dan menunaikan solat hajat menjadi imam isteri-isteri Ahmad,keluarga dan sahabat handai Ahmad.

"Wahai Tuhan ..panjangkan usia sahabatku Ahmad ...."doa Zulhairi  diiringi tangisan.

Wartawan di luar hospital sedang menunggu berita .


"All reporter did'nt allowed"

Kertas arahan di pintu hospital.


..............................................................................


1.1.2022



Zulhairi membawa istrei kesayangan ,Humairah menonton filem  di GSC Ipoh .

Kali pertama setelah 30 tahun tidak masuk panggung wayang .

"Abang masuk panggung sebab nak tonton filem pertama sahabat baik Ahmad...lagi satu filem ini berkaitan kisah kucing",pujuk Zulhairi pabila isterinya enggan ke pawagam.

Filem dimulakan dengan lagu Hukum Karma dendangan WINGS 


"Oh… dalam dunia…
Oh… kita raja…
Oh… jangan lupa…
Oh… Jangan gila


Gila darjat
Gila nama
Gila kuasa
Gila Harta
Semua gila

Buat baik berpada-pada
Kata org tua
Buat jahat jangan sekali
Engkau takkan rugi

Mulia dibalas syurga
Dosa kan sengsara
Ini hukum karma.. "


Lagu rock dendangan kumpulan WINGS menggegarkan panggung.Terdengar siulan kecil penonton  pelbagai usia menyanyi bersama.


Babak pertama tahun 70 an ,seorang kanak-kanak dilibas ibunya  kerana memberi kucing kesayangan seekor ikan goreng .

"Kita ni miskin!kau bagi kucing tu seekor ikan goreng,apa kita nak makan hari ni?",marah Mak Jah sambil melibas anak kesayangannya dengan kain batik.

"Maaf mak....adik tak buat lagi...Sakit!sakit! ",jerit kanak-kanak itu sambil berlari keluar rumah .

Babak akhir filem "My JOE" ,seekor kucing  menggonggong daging  dan dilihat kehairanan tuannya kerna banyak kali diberikan daging .

Tuan kucing tersebut mengikuti kucing kesayangannya untuk mengetahui perkara sebenar.

"Subhanallah!",kata Abu Malik.

Rupanya kucing peliharaannya menggonggong daging untuk diberikan kepada seekor kucing  kecil yang buta kedua-dua matanya.


Abu Malik menitiskan air mata dan membuka zoo kucing yang diberi nama 

HADIQAH HURAIRAH 

Babak akhir disulami lagu WINGS berjudul SEMBUNYI 

"Dalam selimut pun tercabut nyawamu
Ke mana juga usah cuba sembunyi
Berlari nanti penat dan pantah kaki sendiri
Sembunyi nanti hilang ditelan diri sendiri

Sedetik sesaat tercatit untukmu
Di kiri tersenyum di kanan menangis
Mengira berapa yang untung yang rugi darimu
Mengira hingga tamat tempoh dalam dunia ini

Ramai manusia cuba lari dari kenyataan ini
Ramai manusia cuba lari dari dosanya sendiri
Ramai manusia

Indah hanyalah dipandangan zahirnya
Lemah adalah untuk jadi mangsanya
Keliru berbagai ragam manusia hari ini
Sembunyi manusia sembunyi dari kenyataan"



Zulhairi menitiskan  air mata menontonnya .


Sejak Ahmad tinggal di Amerika,mereka tidak pernah bertemu.hanya SMS,FB  dan whatsapp penghubung.

"Jangan lupa bro filem pertama aku 1.1.2022",SMS dari Ahmad pada satu petang.

"Tajuk filem MY JOE.Boleh tengok blog aku ,mymemorywithjoe.blogspot.my.Take care ".

Zul membuka blog sahabatnya setelah mendapat SMS.

"Wow!macam best je filem ni......",dengusnya.

Fikiran Zulhairi menerawang kali terakhir bertemu Ahmad  jam 2 pagi di Homestay Hawaulahabau di Alor Gajah pada tahun 2016 .

Ahmad datang membawa buah tangan buatnya dan keluarga dan berlalu pergi sepantas kilat.

............................................................

1983 -MASJID TANAH MELAKA 

"Adik..ni hadiah hari jadi adik",ujar Pak Man sambil menghulurkan seekor anak kucing jantan .

Kucing berusia 9 bulan yang masih merindui ibu kandungnya yang mati  akibat kanser.

"Meow..........meow..........................."

"Jaga baik-bak ...",pesan Pak Man dan melihat cucu kesayangannya bermain dengan kucing tersebut.

"Aku namakan kau JOE...........",kata Ahmad sambil memandikan kucing yang menggigil kesejukan.

Kucing jantan berwarna hitam kini menjadi sahabat Ahmad.


.................................................

31 DISEMBER 2005 

HOSPITAL BESAR MELAKA 








"Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui."

Laungan ayat Quran  dari pembesar suara masjid Al-Azhim mengejutkan Ahmad yang termangu di luar wad bersalin Hospital Besar Melaka.

Ahmad terus ke masjid Al-Azhim kerna waktu Subuh semakin hampir.



Ahmad bersolat sunat tahiyyatul masjid,solat hajat,solat sunat Qabliyyah Subuh  dan solat Subuh berjemaah dan kembali ke hospital.

Jam 7.30 pagi ,Ahmad melihat isteri kesayangan bersama bayi keluar dari wad bersalin menaiki katil beroda.

"Aku akan namakan anak ni SAFA",kata Ahmad kepada isterinya ,Aisyah sambil mencium dahi isteri kesayangan.






GLOSARI : 


SETAWAR



MEREMBES :

meresap masuk atau keluar (barang cair spt air dll), menitis, tiris: air matanya masih ~ keluar dgn tidak berhenti-hentinya; 2. menyeludup (dgn diam-diam), menyusup: ia kagum melihat aliran sosialisme radikal mulai ~ ke tanah airnya; pasukan gerila ~ masuk kota;

(KAMUS DBP ) 


LONDANG : Nama sebuah kampung di Masjid Tanah Melaka.Londang adalah nama sebuah pokok.

MASJID AL -AZHIM 


Masjid Al-Azim merupakan sebuah masjid yang terletak kira-kira tiga kilometer dari bandar Melaka dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Masjid ini mampu menampung jemaah seramai 10,400 orang. Tingkat atas dikhaskan untuk wanita seramai 700 orang manakala tingkat bawah boleh menampung seramai 9,700 orang jemaah lelaki. Masjid ini luas dan selesa kerana tidak diganggu oleh tiang-tiang kecil.

Masjid Al-Azim mula dibina pada 14 Mac 1984 dan siap sepenuhnya pada 12 Januari 1990. Projek pembinaannya yang menelan belanja sebanyak RM19.5 juta itu telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Azlan Shah pada 13 Julai 1990 bersamaan 20 Zulhijjah 1410 H.

Gaya seni bina Masjid Al-Azim ini disediakan oleh sebuah Jawatankuasa Rekabentuk yang mengambil kira aspek keunikan seni bina tradisi Melayu dan seni ukir Islam. Sesuai dengan keunikannya itu, ia dapat dilihat dari dua sudut luaran dan dalaman.

Berbentuk segi empat yang disesuaikan dengan bumbung tiga tingkat yang juga sama bentuknya. Ilham ini berdasarkan bentuk masjid pertama yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan selaras dengan hakikat Islam itu sendiri yang terdiri dari empat unsur utama, iaitu:

tapaknya melambangkan syariat (Perundangan Islam);
tingkat pertama melambangkan tariqat (jalan mendekati Allah);
tingkat kedua melambangkan haqiqat (mencari kebenaran Allah); dan
tingkat ketiga melambangkan makrifat (mengenal Allah).
Puncaknya yang berukir-ukir digantikan dengan dom.

Beberapa potong ayat al-Quran telah dipilih dan diukir dengan tulisan khat yang menarik. Pemilihan ayat tersebut pula disesuaikan dengan konsep dan falsafah pembinaan masjid ini.

Setiap hujung tulang bumbung masjid ini terdapat sulurbayung yang melambangkan satu ciri keistimewaan terhadap keindahan senibina Melayu. Ilham terciptanya sulurbayung ini diambil dari sejenis tumbuhan liar di tepi sungai. Ia menggambarkan genggaman tangan semasa bertahhiyat.

ms.wikipedia.org/

JOE :

Nama sebenar kucing jantan kesayangan penulis cerpen ini  dan mati dilanggar kereta ketika kanak-kanak .Puluhan tahun penulis tidak memelihara kucing akibat kesedihan melampau kematian Joe.




SMKHK : 

Nama sebuah sekolah menengah di MELAKA 

Kisah kucing buta : Kisah benar  yang berlaku berlaku pada  zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyyah 

WINGS :

Wings merupakan sebuah kugiran rock yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia dan ditubuhkan sekitar pertengahan tahun 1980-an.

Sejarah penubuhan Wings bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Seri Ampang Kuala Lumpur. Di situ empat orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka telah mendapat kata sepakat untuk mendendangkan lagu berirama Rock 'N' Roll di sepanjang persembahan mereka. Ketika itu bermula dengan kelahiran kumpulan kugiran walaupun kumpulan ini belum mempunyai nama.

Empat remaja muda ini ialah Awie,Syam,Zul dan Jojet telah bersepakat untuk membentuk kumpulan kugiran yang di beri nama kumpulan Wings di mana nama kumpulan tersebut adalah nama yang terbaik dan tepat pilihan mereka. Ilham penggunaan nama Wings (Dalam terjemah dewan bahasa 'Sayap-Sayap') sebagai nama kumpulan itu dicetuskan oleh Awie apabila orang ramai selalu menegur otot dan lengannya kelihatan seperti 'Sayap atau Kepak' (Dalam terjemah Bahasa Inggeris 'Wing'). Maka dengan itu lahirnya kumpulan Wings. Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Zul membawa haluannya yang tersendiri, manakala Jojet berhijrah ke kumpulan Gersang.

Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album di bawah syarikat label ASP dan nama Wings digunakan sebagai nama kumpulan ini. Wings bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka berjudul Belenggu Irama yang dikeluarkan pada tahun 1987 dengan bantuan dua anggota gantian iaitu Eddie (Anggota baharu) menggantikan tempat Zul manakala Black (Bekas pemain dram kumpulan Babylon) pula menggantikan tempat Jojet selain Awie dan Syam adalah selaku anggota asal.

Ketika muzik rock mula mendapat tempat, kemunculan sebuah kumpulan seperti Wings sememangnya menghangatkan arena muzik rock tanahair. Wings tampil dengan kelainan tersendiri dengan muzik yang dibawakan mereka cukup mantap walaupun ini adalah album pertama.

Dengan susunan muzik yang baik dan nyanyian yang bertenaga serta di bantu oleh komposer dan penulis lirik terkenal seperti M.Nasir, JS Kevin, Bob Lokman adalah pertarungan pertama Wings di persada seni tanahair menampakkan hasil apabila album ini mendapat sambutan menggalakkan. Walaupun mereka terpaksa berdepan dengan masalah iaitu lagu mereka tidak di benar penyiarannya di radio dan televisyen oleh Radio Television Malaysia (RTM) namun pencinta muzik rock tetap dapat merasai bahang 'Belenggu Irama'.

Lagu seperti 'Belenggu Irama', 'Intan Ku Kesepian', 'Biarkan Berlalu', 'Inspirasi Taming Sari dan 'Peronda Jaket Biru' adalah antara lagu yang menjadi kegilaan remaja Malaysia ketika itu. Pihak (RTM) tidak memberi kelulusan penyiaran terhadap lagu Wings atas alasan lirik lagu dan imej pakaian Wings dikatakan keterlaluan dan tidak mengikut syarat piawaian yang ditetapkan untuk di siar di kaca televisyen.

Halangan ini sedikit sebanyak menghantui diri mereka. Namun, berkat ketabahan dan sokongan rakan dan peminat yang berdiri teguh di belakang, Wings berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran. Album ini terjual lebih 180,000 unit. Satu pencapaian impak yang lebih hebat dari pencapaian penjualan album pertama kumpulan Search yang merupakan kumpulan rock nombor satu sebelum album Fenomena dikeluarkan.

Selepas itu, populariti Wings terus meningkat. Konsert mereka sentiasa mendapat perhatian ramai dan rata-rata peminat amat terhibur dengan persembahan Wings yang mantap dan mempunyai identiti tersendiri.

Tetapi pada tahun 1988, pengunduran dan pertukaran anggota Wings telah berlaku apabila Sham adalah selaku pemain gitar utama telah menarik diri untuk menyertai kumpulan CRK dan kekosongan itu digantikan oleh Tham namun beliau tidak kekal lama serta tidak sempat mengeluarkan album seterusnya bersama Wings. Tempat Tham di ambil alih oleh Joe, seorang pemain gitar utama tangan kiri dan berusia belasan tahun yang juga merupakan bekas pemain gitar utama kumpulan Scandals. Kehadiran Joe menambahkan lagi kemantapan Wings kerana beliau sungguh kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan gitar utama. Joe membuktikan bakatnya yang sedia ada dalam dirinya sebagai pemain gitar utama menerusi album kedua Wings berjudul Hukum Karma yang dikeluarkan pada tahun 1988. Pengurus Wings adalah Bob Lokman dari tahun 1985 hingga 1989. Kemudian ia di ambil alih pula oleh Ali Bakar sebagai pengurus Wings. Wings berjaya mencipta populariti sebaris dengan kumpulan-kumpulan rock popular di Malaysia seperti Search dan Lefthanded. Black yang keluar dari Wings selepas album Teori Domino dikeluarkan pada tahun 1990 dan digantikan oleh Jojet yang juga merupakan bekas pemain dram kumpulan Gersang. Setelah album Jerangkung Dalam Almari di pasarkan, M. Nasir telah menulis bahawa Wings adalah kumpulan rock nombor satu paling popular di tanahair dan artis berkumpulan yang paling sukar untuk ditandingi oleh mana-mana artis berkumpulan tanahair temasuk Search, tetapi Search menepis dakwaan M. Nasir itu. Search tetap memberi persaingan sengit untuk menentukan kedudukannya sebagai kumpulan rock nombor satu tanahair. Di tambah lagi Wings menguasai pentas di serata tanahair. Isu rambut panjang telah menjadi berita panas dan sensasi dalam hiburan tanahair antara Search dan Wings sehingga Dato Mohamed Rahmat yang menyandang jawatan Menteri Penerangan Malaysia telah dapat menyelesaikan isu itu. Sebaik sahaja isu rambut panjang selesai, Search dan Wings telah mendapat kata sepakat untuk mengeluarkan album berjudul Double Trouble. Selain Wings di gelar sebagai kumpulan rock paling popular tanahair, Wings buat kali pertama telah menerima tawaran berlakon di layar perak di bawah arahan Yusof Haslam iaitu filem bertajuk Pemburu Bayang yang ditayangkan di pawagam pada tahun 1993. Wings semakin sibuk dan berkerja keras dalam dunia seni, seterusnya mereka memasarkan album Bazooka Penaka pada tahun 1993. Dari satu persatu album demi album Wings dikeluarkan, kesemua album mereka sering kali mendapat sambutan yang sangat hebat dan berjaya memenangi Anugerah Platinum termasuk album Double Trouble (Bersama Search). Tidak lama kemudian selepas album Bazooka Penaka dikeluarkan, Wings sekali lagi menjadi rebutan penerbit filem serta di beri peluang berlakon di layar perak tetapi Awie dan Wings di tawar berlakon dalam filem yang berlainan kerana ia memandangkan Awie dan Joe memang sesuai memegang watak sebagai hero. Awie di tawar berlakon filem Sembilu dan Joe bersama Wings pula di tawar berlakon filem Putera. Kedua-dua filem tersebut ditayang pada tahun yang serentak 1994.




ms.wikipedia.org / http://www.sayap2wings.com/





INSYA -ALLAH BERSAMBUNG ..






CERPEN INI TIADA KAITAN DENGAN YANG MASIH HIDUP,AKAN MATI,AKAN LAHIR MAHU PUN TELAH LAMA MENINGGAL DUNIA...SEKIRANYA ADA PERSAMAAN NAMA,WATAK,LOKASI DAN SEBAGAINYA,IANYA HANYA KEBETULAN .

HARAP MAKLUM 

LOCATION WRITING THIS SHORT STORY  :

 MELAKA,KL,PUTRA JAYA,NEGERI SEMBILAN,SINGAPURA ,THAILAND ETC 

WRITING BEGIN : 2 JANUARI 2017 

SUMBER GAMBAR : GOOGLE IMAGE,BLOG ETC 












No comments:

Post a Comment