Tuesday, January 3, 2017

CERPEN : OMBAK

                                                  




                                       2004 : CHENG MELAKA 

"Alwie.............ambik aku kat Cheng boleh?',pinta Zek.

"Ok ,aku datang",balas Alwie .

Zek menunggu di depan Sekolah Menengah Cheng sambil bermain game dalam telefon bimbit. .
30 minit kemudian kawannya Alwie datang dan membonceng Zek pulang ke rumahnya di Bukit Rambai .

"Nah........."Zek menghulurkan wang kertas sepuluh  ringgit.

"Tak payahlah bro...............",Alwie mengelak.






1994 : KUALA LUMPUR 



Zek melihat Kompleks DayaBumi .

Tinggi melangit .

"Bila la Melaka nak ada bangunan tinggi macam ni ......."keluh Zek.

Setelah puas merayau kota KL,Zek menaiki bas mini pulang ke rumah bapa saudaranya,Pak Long Yaakob.



2010 : TAO PAYOH SINGAPORE

"Sorry bro..........aku ada urusan penting di Singapura.Selamat pengantin BARU "
SMS ditujukan kepada Alwie.

Kawan  baik sejak kanak-kanak ,namun Zek tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan Alwie.

Seminggu sebelumnya Zek memberikan RM50 kepada ibu Alwie,Mak Nah.

"Maaf makcik,saya ke Singapura minggu depan .Ni berikan kepada Alwie",ujar Zek .




Mesyuarat dengan kaki tangan masjid dan sekolah di Tao Payoh amat memenatkan.

"OK,we need to break",kata Zek.

Fikiran Zek menerawang  mengingati zaman kanak-kanak.


1984 -KAMPUNG BACHANG MELAKA 

"Zek..kau besau nak jadi apa?',tanya Alwie.

"Askar!',balas Zek .

"Best ke jadi askar?",tanya Alwie.

"Best ..boleh tembak orang ",kata Zek sambil ketawa.

"Zakaria bin Zainal!Mohd Alwie bin Abdullah!",panggil Cikgu Rosnah.

"Saya Cikgu!",jawab Zek.

"Sayaaaaaa..........",sambung Alwie .

"Saya mengajar di depan,korang boleh borak pula yea!Berdiri atas meja!",perintah Cikgu Rosnah .




Alwie dan Zek bangun dan berdiri atas meja.

Semua murid-murid menjelirkan lidah mengejek.

"Kau punya pasal la ni..",Zek mengeluh.

"Ala...10 minit je pun kena berdiri......",balas Alwie.


2008 : ORCHAD SINGAPORE 





"Milah...ko bagi Alwie RM200 ..nanti aku bayau balik",Zek mengirim SMS kepada rakannya  yang digelar Milah Ludba.

"OK.",balas Milah ringkas.

Alwie kemalangan ketika hujan lebat dan patah tengkuknya.Zek yang sibuk di luar negara tidak sempat menziarahi Alwie.

"Salam Takziah.Ujian pasti ada hikmahnya",Zek mencoretkan SMS kepada Alwie.


2025 -QUEENSTOWN NEW ZEALAND


"Salam how do u do bro?",Alwie mengirim whatsaap .

"Waalaikumsalam...so far so good",balas Zek ringkas.



Sudah 5 tahun Zek berkelana di New Zealand .

Setelah puas tinggal di Saudi Arabia,Singapura dan Brunei,Zek bersama isterinya,Husna menetap di kota Queenstown.

Sukakan gunung dan pemandangan indah,Zek mengambil keputusan menetap di sini.

"Sayang.........dah lima tahun kita kat sini",kata Zek menggengam erat tangan isteri tersayang.

"I wish to back Malaysia.....rindu Coconut Shake Klebang",luah Husna.

Zek hanya mendiamkan diri.

Lagu SEJATI dendangan WINGS berkumandang dalam Villa mewah milik Zek.

Husna dan Zek bersama-sama bermain gitar dan menyanyi lagu kegemaran mereka sejak sekolah menengah lagi.




Fikirannya terumbang ambing memikirkan keputusan sama ada pulang ke tanah air atau tidak ............




2001 :MUAR JOHOR 

"Kata kawan baik,aku kahwin kau tak datang!",marah Zek.

"Aku kerja la bro...........",balas Alwie.


"Ada lori ada bas ",Zek menutup telefon.

Bengang.Marah.Kecewa.

Mata Zek berkaca.

Kepenatan menjadi RAJA SEHARI masih terasa.



1994 : CATHAY MELAKA 

"Zek..jom tengok wayang...",Alwie cuba mengajak.

"Cerita apa?",balas Zek.

"SEMBILU ...Awie pelakon ..",kata Alwie.

"Ok..jom!",Zek bersetuju dan mereka membonceng motosikal Yamaha RC ke pawagam Cathay Melaka.



1993 : PANTAI KLEBANG 

"English only word friend...........",kata Zek sambil menjolok bola snooker.

"But in Malay ,sahabat and kawan,different things",sambung Zek lagi sambil melihat bola snooker berlaga.

Alwie menggaru kepala.

"Yaakob,Ahmad are my friends,but u is my SAHABAT",Zek menyambung ayatnya bertali-tali.

Mata Zek merah.Menahan air mata.

Amat dalam ayat Zek.

Setelah pulang ke rumah,Alwie tidak dapat tidur sepanjang malam .

Memikirkan kata-kata Zek.

Selama ini Zek yang banyak mengajarnya bahasa Inggeris.Walaupun berlainan pendidikan ,Zek tidak berubah walaupun belajar di luar negara.Dia tidak pernah menghina Alwie yang hanya bersekolah rendah.

Zek masih simple memakai seluar jeans dan Tshirt Metalicca  .




2020 : MEKAH AL MUKARRAMAH 

"Aku di Masjidil Haram ......tahun 2020 baru sampai,Kau umur 18 tahun dah jumpa Mekah",SMS dari Alwie menjengah telefon bimbit  Zek.

"Alhamdulillah.....banyakkan beribadat,kurangkan berjimak.Tutup telefon!",balas Zek .

Alwie dan isterinya Azimah   menghabiskan 2 minggu di kota Mekah ketika cuti sekolah hujung tahun.

"Tahu tak?Zek yang sponsor ........."kata Alwie kepada isterinya.

"Tapi dia suruh rahsiakan.Alamak!Abang dah terberitahu sayang....Ingat..jangan beritahu sesiapa!",pinta  Alwie .

"Siapa Zek?",fikir  Azimah .

Apabila suami tersayang tidur kepenatan setelah bertahajjud di Masjidil  Haram,Azimah membuka telefon suaminya.

Dia melihat gambar kenangan suaminya bersama Zek ketika kanak-kanak dan remaja .

Matanya berkaca .

"Lelaki inilah aku selalu hina .....keji ..umpat ...........",luah Azimah .

Air matanya mengalir laju.




Azan Subuh berkumandang mengejutkan Alwie dan isterinya tiada di katil.

Alwie kehairanan dan melihat ke dalam bilik mandi,tiada.

"Mana Azimah ni?",Alwie kerisauan.

Setelah mandi dan turun ke lobi hotel,Alwie diminta mengambil sekeping NOTA.



"ابڠ....ساي مينتا معاف باڽق-باڽق.ساي ترڤقسا ڤولڠ ك مليسيا."

Alwie TERKESIMA.


Telefon Azimah tidak dapat dihubungi.

Alwie meneruskan langkah ke Masjidil Haram dengan fikiran bercelaru.

"Kenapa tiba-tiba ?",Alwie mengeluh .

Solat Subuhnya tidak keruan.

2030 : ANTARTIKA 


Husna  menolak kerusi roda agar suaminya  melihat keindahan bumi Antartika.




Zek terbatuk-batuk kecil.

"Sayang..nanti hantar salinan diari Abang kepada Alwie setelah Abang meninggal dunia",pinta Zek.

Penyakit kanser tahap empat semakin kronik.

Husna hanya menitis air mata melihat tubuh suaminya yang semakin kurus dan cengkung.Suaranya amat perlahan.Doktor peribadi  telah mengesahkan jangka hayat Zek hanya berbaki 3 bulan sahaja.

"Andai Abang meninggal dunia di mana pun,kebumikan sahaja di situ.Jangan susahkan anak-anak kita.Mereka pun dah ada keluarga".Kata Zek dengan suara yang lemah.

Hanya isteri tersayang mengetahui keadaan sebenar Zek.Anak-anak,saudara-mara  dan sahabat handai tidak mengetahuinya kerana permintaan Zek untuk merahsiakan penyakitnya.





INSYA -ALLAH BERSAMBUNG ..


CERPEN INI TIADA KAITAN DENGAN YANG MASIH HIDUP,AKAN MATI,AKAN LAHIR MAHU PUN TELAH LAMA MENINGGAL DUNIA...SEKIRANYA ADA PERSAMAAN JALAN CERITA,NAMA,WATAK,LOKASI DAN SEBAGAINYA,IANYA HANYA KEBETULAN .

HARAP MAKLUM 

GLOSARI : 


Sembilu : Sembilu ialah filem Malaysia tahun 1994 arahan Dato' Yusof Haslam. Filem ini mengisahkan kisah cinta antara penyanyi rock terkenal, Awie, dengan kekasihnya Wati yang dihalang oleh abang Wati.

Pelakon

Awie – Awie

Erra Fazira – Wati

Ziana Zain – Ziana

Mustapha Kamal – Azman

Aida Rahim – Maria

FIlem ini dikeluarkan pada 18 Ogos, 1994 dan mendapat kutipan sebanyak RM4.39 juta.


-WIKIPEDIA 

sejati : asli, murni, tulen, tidak ber­campur, yg sebenarnya: Encik Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka; Hamidah seorang wanita ~;
-DBP 

GAME : Permainan interaktif bagi komputer atau mesin permainan berkomputer yang memerlukan kemahiran, kecekapan bertindak, dan strategi bermain. Pemain biasaa bermain dengan menggunakan peranti pemilih seperti kayu bidik, bola jejak, atau butang untuk mengawal objek paparan grafik.
-KAMUS  DBP 

MILAH LUDBA : ABDUL HALIM 


keruan :  sudah diketahui; ketahuan: belum ~ belum dpt dipastikan; belum dpt ditentukan; tidak ~ tidak tentu; tidak jelas; kabur; kacau.


terkesima : tercengang, termangu-­mangu, hilang akal. ( KAMUS DBP ) 

START WRITING : 12.30 AM 4 JANUARY 2017 

FINISH : ?????????????????????????????????????????


























No comments:

Post a Comment