2021 - MEDINA SAUDI ARABIA
"Hidup ini sementara..Banyakkan kerja,kurangkan tidur",pesan Prof Zulkifli Al-Sudani dalam kelas.
Erfan tidur-tidur ayam.
"Mohammad Erfan!Ma bika?",tanya pensyarah
"Sleepy Prof..............",jawab Erfan matanya terkebil-kebil.
"Nam!",perintah Prof Zul dan Erfan pun terlena hingga loceng kelas berakhir.
"Wei bangunlah!",jerkah Sopian.,rakan kelas dari Johor .
Erfan mengambil kotak pensel ,kemas buku dan berlari ke masjid.
2017 -MAAHAD MUAR JOHOR
"Ayah dulu belajau kat Madinah ...ayah harap Along pun dapat belajau sana",pinta Pak Wahhab .
"Nak belajau sana,SPM mesti power............Usahalah dapatkan 10 A .......",sambungnya lagi.
Erfan hanya mendiamkan diri.
Matanya berkaca.
Impian ayahnya mahu lihat dia mengambil jurusan Sastera Arab dan belajar hingga PHD.
Lagu Fe Enaik nyanyian Haifa Wehbe terdengar dari corong suara telefon bimbit ayah .
"Wasalam.i am busy right now.Call me next year!",kata Pak Wahhab mematikan telefon.
Pak Wahhab memasuki kereta dan pemandunya melarikan kereta BMW laju hilang dari pandangan Erfan.
..............................................
2019-MASJID NABAWI MADINAH AL-MUNAWWARAH
Pak Wahhab sedang membaca Quran .Erfan mendekati ayahnya dan diam mendengar bacaan ayahnya.
"Sodokallah.................".
"Assalamualaikum Ayah..........",Erfan mulakan bicara.
"Waalaikumsalam...ni kamus .Ayah dulu hafaz dalam masa setahun.Ayah nak Along hafal sampai khatam kamus ni!",perintah Pak Wahhab serius.
Erfan membelek kamus pemberian ayahnya.
"Dulu Ayah khatam 3 kamus arab...........",terang Pak Wahhab sambil tangannya mengira zikir.
Erfan mula menggeleng.
Kamus setebal 500 muka surat???
Laungan azan Maghrib bergema.
Pak Wahhab dan anaknya menunaikan solat Maghrib berjemaah dan hadir kuliah Syeikh Al-Jamali yang mengajar kitab FATHUL BARI .
Selepas solat Isyak,Erfan mengikuti ayahnya pulang ke Hotel SAFA AS SHAFIAH .
Terpampang gambar Pak Wahhab berseluar jeans bersama Putera Mahkota Arab Saudi .
"Ni hotel milik ayah ke?",tanya Erfan kehairanan.
"Semua milik Allah ............semua pinjaman.Tiada yang kekal melainkan Allah SWT",balas Pak Wahhab serius dan terus menaiki lif ke bilik .
Lagu HIJAU BUMI TUHAN nyanyian XPDC bersepoi-sepoi dalam bilik hotel.Telefon bimbit Pak Wahhab mengandungi ribuan lagu Melayu,Inggeris,Korea,Mandarin,Arab,Hindi dan pelbagai bahasa dunia.
Juga pelbagai MP3 alunan Quran dari pelbagai qari .
"SEKALI KU MEMANDANG
KEHIJAUAN
SAUJANA MATA
SEMUSIM YANG BENDERANG
HATI RIANG
NIKMATNYA TUHAN
KITA BELALAH BERSAMA-SAMA
KITA JAGALAH HARMONINYA
SEMUSIM IA DATANG
KEINDAHAN
CIPTAAN TUHAN
HIJAU YANG TERBENTANGAN
MAKHLUK TUHAN BERMESRA-MESRA
KITA BELALAH BERSAMA-SAMA
KITA JAGALAH HARMONINYA
(CHORUS)
DAMAI TERPERI
KICAU MENYANYI
BURUNG BERKICAUAN RIANG TERBANG
OMBAK MENGHEMPAS
PANTAI MENANTI
INDAH BIRU LAUT INI PASTI
SALAM DI BERI INSAN DI BUMI
ITU NIKMAT HARI-HARI INI
TEGUR DAN SAPA
SENYUM KETAWA
ITU TANDA KITA RIANG - RIA
ABADIKAN KEINDAHAN INI...."
Erfan membelek diari Ayahnya di atas meja.
Pak Wahhab menitiskan air mata dan mulakan bicara .
"Along....ini mungkin pertemuan terakhir kita.....:,ujar Pak Wahhab sambil menggengam erat tangan anak sulongnya.
"Harapan ayah,di mana pun ayah menghembuskan nafas terakhir,Ayah nak Along datang dan mandikan jenazah ayah.Ayah nak kamu jadi imam solatkan jenazah ayah...Ayah nak kamu yang turunkan jenazah Ayah ke liang lahad ",ujar Pak Wahhab sayu.
Erfan menitiskan air mata.
Itulah kali terakhir Efan melihat wajah ayahnya .............................
.................................................
INSYA -ALLAH BERSAMBUNG ..
CERPEN INI TIADA KAITAN DENGAN YANG MASIH HIDUP,AKAN MATI,AKAN LAHIR MAHU PUN TELAH LAMA MENINGGAL DUNIA...SEKIRANYA ADA PERSAMAAN NAMA,WATAK,LOKASI DAN SEBAGAINYA,IANYA HANYA KEBETULAN .
HARAP MAKLUM
WRITING BEGIN : 2 JANUARI 2017
No comments:
Post a Comment