Wednesday, January 4, 2017

CERPEN : BIAR MATI ANAK .............

                                                     1979-MUAR JOHOR 


"Mak buat apa?",tanya Yuhana.

"Tangkal................."jawab ibunya yang digelar  Atok Misah

Yuhana memerhati ibunya merendam kain hitam dan melibas-libas serta membaca sesuatu .

Yuhana yang masih kecil hanya memerhati.

"Kain ni ikat badan bayi ...Nanti tiada gangguan",ujar Atok Misah kepada seorang wanita.

"Terima kasih Atok...",balas wanita itu sambil menghulurkan RM50.




                                                 1995-UKM BANGI 



"Kenapa makan habis baru tambah?",tanya Yuhana.

"Memang biasa macam ni...",balas kawannya Anita .

"Lain kali jangan habiskan nasi baru tambah.....biarkan nasi berbaki dan tambah nasi",

ajar Yuhana.

"Nanti tak dapat rezeki.....",sambung Yuhana lagi.

Anita seakan tidak mengerti .

"Pelik betul Yuhana ni.........",detik Anita dalam kalbunya.

                                             1985-KOTA TINGGI -JOHOR 




"Intan ..pakai paku atas kepala tu..letak gunting bawah tilam.Langsuir dan hantu suka hisap darah orang bersalin."Atok Misah menyuruh Intan yang baru keluar wad hospital Kota Tinggi.

"Yea Atok...",jawab Intan.

Intan mengambil paku yang besar dan diletakkan di sanggul rambutnya.

"Apa kena mengena paku dengan langsuir?",bisiknya dalam hati.


1945 -JAWA INDONESIA 



Atok Misah mengemaskan pakaian.Tangkal dililitkan di badannya.Keris pusaka sejak turun temurun dimasukkan dalam beg pakaian.

"Nyiak inseng matak aji samarinsong!",Atok Misah membaca mantera agar perjalanan jauh selamat .

Atok Misah membawa tiga orang anaknya yang masih kecil  menaiki kapal laut untuk mencari  tempat baru mencari rezeki.

Setelah bercerai dengan suaminya,Tok Batin,Atok Misah menyara ketiga-tiga anaknya seorang diri .

"Berapa hari sampai ke Johor?",tanya Atok Misah.

"3 hari 3 malam jika selamat ibu ..........",balas  pekerja kapal.

Kapal  pun berlayar dan Atok Misah mengalirkan air mata kerna meninggalkan tanah tumpah dan bumi kelahirannya.

Puncak gunung semakin hilang dari pandangan dan lautan luas terbentang di depan mata.




1950-MUAR JOHOR 

"Pijan..........kau minta 3,4 helai rambut bakal isteri ",suruh Atok Misah .

Atok Misha mengambil mangkuk berisi air dan mulutnya kumat-kamit.

Pijan menunggang motosikal ke Tangkak bertemu tunangnya,Norayu.

"Ayu....boleh tak bagi 3,4  helai rambut?",pinta Pijan.

"Nak buat apa?",tanya Norayu kehairanan.

"Mak nak ...tak tahulah mak nak buat apa....",jawab Pijan .

Walaupun kehairanan,Norayu masuk ke bilik air dan menggunting beberapa helai rambutnya dan memberikan kepada tunangnya,Pijan.

"OK jumpa lagi .................",ucap Pijan berlalu pergi.

Setelah Pijan membawa rambut tunangnya ,Atok Misah meletakkan rambut ke dalam mangkuk air .Mulutnya kumat kamit membaca sesuatu.

Atok Misah mengambil keris dan mengocak-ngocak air dalam mangkuk.



"Pijan...tunangan kamu masih dara.....",ujar Atok Misah.

Pijan menarik nafas lega.

Majlis perkahwinan Pijan amat meriah .Paluan kompang bertalu-talu menyambut kehadiran pengantin perempuan dari Tangkak Johor.





"Kamu dah bersama isteri ke belum?",tanya Atok Misah.

"Sudah mak.............",jawab Pijan tersenyum.

Atok Misah pun membuat Nasi Tumpeng dan memberikan jiran-jiran.



2000-BUKIT RAMBAI MELAKA 

"Kabare?",tanya Atok Misah .

"Waras!",balas Mak Jah.

"Wah..boleh ngomong Jawa.."gurau Atok Misah sambil bersalam dengan Mak Jah .

"Kita kan mahu jadi keluarga...",balas Mak Jah  tersenyum.

Perbincangan panjang dua keluarga mengenai  pertunangan Yuhana dan Azlan bermula.

Akhirnya kedua-dua pihak bersetuju dengan hantaran RM10,000 serba satu.

Mak Jah menyarungkan cincin pertunangan ke jari Yuhana.







2001 -MASJID AL-AZHIM MELAKA 

Azlan selepas pulang dari kerja,terus ke masjid Al-Azhim untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah dan mendengar kuliah dari ustaz-ustaz.




"Kita asalnya beragama Hindu.Apabila nenek moyang kita memeluk Islam,adat dan kepercayaan karut masih diamalkan sesetengah pihak walaupun ianya syirik dan bidah",ujar Ustaz Kamus memberikan kuliah Maghrib pada satu malam.

"Saya hairan dengan masyarakat kita.Zaman sains dan teknologi pun mereka masih percaya benda tahyul dan bodoh",Ustaz Kamus menyindir.


Azlan tekun mendengar kuliah yang disampaikan Ustaz Kamus sambil mencatat apa yang penting.

al-Qur’an surah Al-Maa-idah ayat 72 :

- إِنَّهُ مَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللّهُ عَلَيهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ 

"Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.(QS. Al Maa’idah : 72 )

Ustaz Kamus membacakan ayat Quran dan menterjemahkannya.Ustaz Kamus juga memberikan contoh amalan syirik dan bidah yang masih diamalkan masyarakat.

Azlan amat tekun mendengar dan mencatat sepatah demi sepatah isi kuliah yang disampaikan dalam buku nota yang dibawa.

Setelah solat Isyak berjemaah,Azlan bertemu dengan Ustaz Kamus

"Ustaz...saya nak tanya boleh?',pinta Azlan.

"Boleh....apa dia?",jawab Ustaz Kamus.

"Hari tu saya ke rumah bakal mentua saya di Muar..............",sambung Azlan.





INSYA -ALLAH BERSAMBUNG ...............................................





GLOSARI :

TANGKAL   = penangkal sesuatu yg digunakan utk menolak bala, penyakit dll; azimat: ~ sawan tangkal utk mengelakkan sawan. menangkal menolak bala, penyakit dll dgn tangkal: menjampi dan ~.(KAMUS DBP ) 

MANTERA :kata atau ayat yg apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk me­nyembuhkan penyakit dll), jampi; membaca ~ mengucapkan mantera; bermantera telah dimanterai; memanterai mengenakan mantera pd: Pak Sairun sedang ~ anaknya; memanterakan membaca mantera utk se­suatu supaya dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll): maka Hajuman pun dlm antara buyung yg banyak itu dimanterakannya sebuah buyung. (KAMUS DBP ) 

LANGSUIR : hantu yg kononnya suka menghisap darah dan mengganggu orang bersalin.

(KAMUS DBP ) 

NASI TUMPENG :


BERSAMA : BERSETUBUH 

KABARE: APA KHABAR 

WARAS : SIHAT 

HANTARAN SERBA SATU : Terdiri dari gelang,cincin dan rantai emas.

MENTUA:  I ibu bapa, ibu atau bapa kpd isteri atau suami; ~-taya saudara kpd mentua; bermentuakan mempunyai atau menerima seseorang sbg mentua: dia bersyukur dan sangat gembira kerana dapat ~ orang yg warak. (KAMUS DBP ) 





CERPEN INI TIADA KAITAN DENGAN YANG MASIH HIDUP,AKAN MATI,AKAN LAHIR MAHU PUN TELAH LAMA MENINGGAL DUNIA...
SEKIRANYA ADA PERSAMAAN JALAN CERITA,NAMA,WATAK,LOKASI DAN SEBAGAINYA,IANYA HANYA KEBETULAN .

HARAP MAKLUM 

   Mula :  4 pagi , 5 Januari 2017 

Tamat : ????????????



























No comments:

Post a Comment