1989-PASIR MAS KELANTAN
"Buang semua seluar jean!",perintah Ustaz Basir .
Alwie menurut sahaja dan melonggokkan seluar jean.
Hari pertama di pondok Sungai Rambutan Pasir Mas Kelantan memang menyeksakan.
"Peraturan pondok,semua jenis seluar diharamkan termasuklah seluar jean!Mulai sekarang kamu hanya boleh pakai kain sarong atau jubah.Kenapa nak pakai seluar jean pakaian kafir?",kata Ustaz Basir lagi dengan nada tinggi .
"Sekolah apa ni?",bisik Alwie sambil melihat Ustaz Basir pergi memeriksa pondok lain pula.
1988-SMK TANJONG RAMBUTAN
"Alwie bin Abdullah!Kamu dibuang sekolah!",tegas Pengetua,Haji Ali.
Alwie menggaru kepala.
"Apa aku nak jawab dengan mak ayah nanti....",bisik Alwie.
Alwie menunggang basikalnya ke sawah dan melihat padi menghijau.
Waktu senja semakin hampir dan Alwie masih berada di sawah.
Dia termangu ketika mentari semakin terbenam.
2005- BAY OF ISLANDS,NEW ZEALAND
"Datok....MB call",ujar pengawal keselamatan merangkap pembantu peribadi,Haji Abu
"Saya kat New Zealand Datok...berehat beberapa hari ",jawab Alwie.
Alwie memikirkan beberapa perkara .PRU semakin dekat dan ada khabar angin mengatakan dirinya tidak akan dipilih menjadi calon PRU akan datang.
Berita tersebut tidak meresahkan Alwie,kerana ia adalah asam garam dunia politik.
Budaya cah keting dalam politik telah berlaku zaman berzaman.
"Abu..kau tahu tak?",sapa Alwie.
"Apa Datok?",balas Haji Abu.
"Dulu seluar jean kesayangan saya dibakar oleh Ustaz haramjadah",kata Alwie memulakan cerita.
"Seluar tu dihadiahkan arwah ibu saya.............",sambung Alwie dan matanya berkaca.
"Kau tahu siapa ustaz tu?dia akan bertanding melawan aku nanti di Parlimen Tambun ",kata Alwie sambil menarik nafas panjang.
Berseluar jean Levis,memakai Tshirt bertulis "LOVE PERAK" ,Alwie melihat keindahan Bay of Islands.
"Pulau ni terkenal pelusuk dunia ..Bagaimana aku nak jadikan Pangkor sehebat pulau ini?',fikir Alwie dalam hatinya.
"Abu..kau tolong tulis ..",perintah Alwie kepada pembantunya.
Tidak sia-sia perjalanan 13 jam merentas pelbagai negara .
Alwie melihat banyak perkara yang boleh dipelajari dari keunikan dan kemajuan New Zealand.
1989-PASAR MALAM
"Mak belikan 3 helai seluar jean baru sebagai hadiah masuk sekolah baru nanti di Kelantan",ujar Mak Yam .
Alwie cukup seronok mendapat seluar baru jenama Levis kesukaannya.
Alwie memilih warna hitam,biru dan coklat.Itulah warna kesukaannya.
Pulang dari pasar malam,Alwie mengemaskan pakaian.
Alwie berjanji"Aku akan jaga pemberian mak ini sebaiknya",sambil mencium 3 helai seluar jean yang baru dibelikan ibunya.
"Sekolah baru nanti mesti best!",kata Alwie berfikir-fikir.
2009-PUSAT GERAKAN TAMBUN
"Datok.......memang sah Ustaz Basir akan bertanding lawan Datok di Tambun",kata Hj Abu.
"OK...............wait and see...",balas Alwie.
Fikiran Alwie berkecamuk memikirkan lawannya dari parti kopiah ,
"Dulu dia bertanding kerusi Parlimen di Kelantan dan kalah ,sekarang nak cuba nasib di Perak pula",jelas Hj Abu.
Ustaz Basir amat terkenal di Kelantan walaupun berasal dari Ipoh,Perak.
Kelantangan dalam ceramah politik terutama isu Hudud menarik orang Melayu mempercayai falsafah politiknya.
Ketika Ustaz Basir bertanding di Parlimen Gua Musang melawan Tengku Hamidi,dia hanya kalah 150 undi sahaja.
Itulah yang dirisaukan Alwie.Ustaz Basir bukan calon biasa .
............................................
1955 - IPOH PERAK
Cikgu Ghazali mengangkat bendera dan menjerit
"Hidup Songkok!Hidup parti songkok!".
Walaupun masih muda ,namun semangat untuk menyatukan bangsa Melayu dan mendapatkan kemerdekaan menjadikan dia membara melakukan demontrasi sepanjang malam di bandar Ipoh.
1975 - PERKUBURAN
Mak Yam dipujuk dan ditenangkan keluarga dan sahabat handai.
Dalam usia kandungan 3 bulan,suami tersayang meninggal dunia akibat sakit kanser usus.Mak Yam tidak menyangka perkara sebegini boleh berlaku kerana usia perkahwinan masih terlalu awal lagi.
Setelah 3 bulan Cikgu Ghazali terlantar di hospital,akhirnya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan isteri tersayang .
Perjalanan menghantar jenazah suami ke perkuburan amat sendu .
Hujan rintik-rintik mengiringi pemergian Cikgu Ghazali ke alam barzakh.
"Ghazali bte Maimunah.....kamu sekarang telah berpindah ke alam lain",Imam Khairi membacakan talkin dan tangisan Mak Yam terus mengalir tanpa henti.
Mak Yam rebah ..........................
INSYA -ALLAH BERSAMBUNG ..
CERPEN INI TIADA KAITAN DENGAN YANG MASIH HIDUP,AKAN MATI,AKAN LAHIR MAHU PUN TELAH LAMA MENINGGAL DUNIA...
SEKIRANYA ADA PERSAMAAN JALAN CERITA,NAMA,WATAK,LOKASI DAN SEBAGAINYA,IANYA HANYA KEBETULAN .
HARAP MAKLUM
Begin : 5 January 2017
Finish : ????????????????
No comments:
Post a Comment