Arman menyedut rokok dan terbatuk-batuk. .
Terlihat seorang gadis arab bertubuh kurus memakai purdah .Berdiri tegak melihat bayu awal pagi.
"Assalamualaikum ..........Ahlan wasahlan ila Malayzie...",sapa Arman.
Bola matanya biru.Kulitnya putih .
Tiada jawapan.
"Kam min bikrah mutakabbirah",Arman mengeluh sambil merenung tajam .
"Pakai purdah salam pun tak jawab.........",bisik Arman menjegilkan biji mata.
Gadis itu kaget.
Lelaki muda bertopi dan sedang menyedut rokok boleh berbahasa arab.
Lidahnya kelu untuk menjawab salam lelaki ajnabi.
"Amirah.............Amirah!",terdengar panggilan dari seorang lelaki tua.
"Abati.............",balas gadis berpurdah setelah melihat kelibat ayahnya.
Gadis itu pergi dan hilang sekelip mata bersama ayahnya.
2010 ISKANDARIAH MESIR
Arman melihat padang pasir yang gersang dan terik.
"Khorban!",keluh Arman melihat unta-unta dirotan pemiliknya.
2015 WASHINGTON USA
"Who are you?",tanya Arman,
"Dr Amirah...I from Egypt",jawab gadis berpurdah dalam mesyuarat .
"OK..i am Dr Arman from Malaysia",Arman perkenalkan diri.
"Can you open your ...?",pinta Arman sambil menunjukkan isyarat purdah.
Gadis itu membeliakkan mata isyarat marah.
Perbincangan produk terbaru Windows 10 akan dimulakan.
Amirah masih degil.
"If not,please get out from this room",jelas Arman marah.
Mata Amirah berkaca.
Purdah yang telah dipakai sejak usianya 10 tahun diminta tanggal oleh lelaki asing ini .
Wakil-wakil dari 50 negara dunia mula masuk ke bilik persidangan seorang demi seorang .
Amirah masih tetap berdegil tidak mahu menanggalkan purdah.
Arman keluar dari bilik..........
15 minit kemudian .
Berkaca mata,berpurdah,bertopi dan memakai jubah hitam.
Amirah hairan melihat tubuh kecil ini .Mata tertumpu .Semua perwakilan melihat muka lelaki tersebut yang berkaca mata hitam.
"Sorry .........i'm late"ujar lelaki tersebut diiringi Arman.
Suaranya seakan pernah didengar dalam kaca TV dan internet.
Amirah terkedu.
"Mr Bill,can i start?",ujar Arman setelah melihat semua wakil negara sudah berada dalam bilik persidangan.
"Bill Gates?",Amirah terkejut .
Bill Gates menanggalkan satu persatu pakaian luarnya.
Menukar cermin mata.
Arman tersengih menyindir.
1995 MASJID TANAH MELAKA
"Haza rambutan!",ujar Pak Zul mengajar anaknya Arman yang baru berusia lima tahun.
"Oooo.................",balas Arman.
CERPEN INI TIADA KAITAN DENGAN YANG MASIH HIDUP,AKAN MATI,AKAN LAHIR MAHU PUN TELAH LAMA MENINGGAL DUNIA...SEKIRANYA ADA PERSAMAAN NAMA,WATAK,LOKASI DAN SEBAGAINYA,IANYA HANYA KEBETULAN .
HARAP MAKLUM
BEGIN : 3 JANUARY 2017
No comments:
Post a Comment